CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1246|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Jenazah Hazlami dibawa turun malim gunung

[Copy link]
Post time 7-10-2023 12:36 PM | Show all posts |Read mode

Pendaki Malaysia, Hazlami Ahmad Nizam dilaporkan meninggal dunia di Mera Peak,Nepal. FOTO Ihsan Pembaca

Putrajaya: Jenazah pendaki Hazlami Ahmad Nizam, 33, yang meninggal dunia ketika mendaki di Mera Peak, Nepal akan dibawa turun oleh malim gunung.

Sepupu Allahyarham, Muhammad Mustafa berkata,jenazah akan dibawa turun dari altitud tinggi oleh malim gunung sehingga ke aras 5,500 meter (dari aras laut).

Menurutnya, selepas itu jenazah akan dibawa dengan helikopter ke Lukla bagi pemeriksaan dan laporan polis.

"Ketika ini keadaan cuaca mendung dan sekiranya berterusan helikopter tidak dapat masuk ke kawasan pergunungan kerana jarak penglihatan menjadi terhad.

"Jika itu berlaku, proses membawa turun mungkin dilanjutkan sehingga esok," katanya yang tiba di Kathmandu hari ini.

Katanya, selepas laporan polis selesai di Lukla jenazah akan terus dibawa ke Teaching Hospital, di Kathmandu kira-kira 40 minit penerbangan untuk proses seterusnya.

Menurut sumber, proses membawa turun jenazah diuruskan olehsyarikat Petronas melalui insuran antarabangsa.

Selain Muhammad, tiga ahli keluarga Hazlami iaitu isteri, bapa dan kakaknya, tiba di Kathmandu pada jam 1.30 petang (waktu Nepal) hari ini.

Hazlami yang berasal dari Jempol, Negeri Sembilan mempunyai tiga cahayamata berusia 6,4 dan 1 tahun.

Berita pemergian Hazlami,33, kakitangan syarikat Petronas Chemicals, Gebeng, Kuantan,Pahang yang juga seorang peminat aktiviti lasak diterima Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia (Malawakil) di Nepal pada jam 11 pagi (waktu Nepal) semalam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -turun-malim-gunung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.050550 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list