CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1274|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Polis beri ruang ibu bapa bayi tertinggal dalam kereta bertenang

[Copy link]
Post time 7-10-2023 12:41 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Kuala Lumpur: Polis akan merakam keterangan ibu bapa bayi berusia lapan bulan yang meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta di kawasan parkir Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di sini, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, buat masa ini pihaknya masih memberi ruang kepada pasangan itu yang masih berduka atas kejadian yang berlaku.

"Beri ruang kepada mereka melalui detik ini. Kita akan panggil ibu bapa bayi itu nanti untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Pembersihan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam, di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia selepas ditinggalkan dalam kereta di kawasan parkir hospital itu.

Mangsa sepatutnya dihantar ke taska selepas keluar dari rumah bersama ibunya pada 7.20 pagi, namun difahamkan ibu mangsa terlupa dan hanya menyedari mangsa yang ditempatkan di tempat duduk penumpang belakang pada petang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 5.30 petang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... am-kereta-bertenang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.071686 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list