CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1937|Reply: 0

[Perak] Isu penginapan 164 pekerja asing selesai

[Copy link]
Post time 7-10-2023 01:37 PM | Show all posts |Read mode

A. Sivanesan (depan, tengah) dalam sidang akhbar selepas melawat penginapan pekerja asing di D'Aman Residensi di Halaman Meru Aman, Meru di Ipoh, semalam.



IPOH: Isu penempatan 164 warga asing yang menduduki pangsapuri mampu milik, D’Aman Residensi di Halaman Meru Aman, Meru di sini berjaya diselesaikan apabila syarikat penyedia penginapan pekerja bersetuju memindahkan mereka secara berperingkat.

Keputusan berkenaan dicapai menerusi perbincangan yang dipersetujui antara pihak syarikat dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Halaman Meru Aman.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A. Sivanesan berkata, menerusi perbincangan antara syarikat yang menguruskan penginapan pekerja asing dan JMB, mereka bersetuju tiada lagi kemasukan baharu dibenarkan pada masa akan datang.

Malah katanya, pihak syarikat bersetuju memindahkan 13 unit rumah bagi kelulusan pertama selewat-lewatnya pada 3 Mei 2024.

“Baki 13 unit lagi akan dipindahkan secara berperingkat dan akan mempertimbangkan pemindahan lebih awal sekiranya perlu,” katanya selepas melawat penginapan pekerja asing di pangsapuri berkenaan semalam.

Menurut Sivanesan, menerusi persetujuan bersama itu juga, pihak syarikat bersetuju menarik saman pemula bertarikh 29 September 2023 manakala JMB pula menarik laporan polis yang dibuat berhubung pemalsuan dokumen.

Katanya, pihak syarikat juga bersetuju berunding dan sedia memberi kerjasama sepenuhnya berhubung permasalahan melibatkan pekerja asing dan pemilik unit kediaman.

“Seramai 13 pekerja warga asing yang baharu dibenarkan masuk bagi mengisi kekosongan di enam unit kediaman sedia ada namun dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh JMB dan pihak berkuasa.

“Jadi, dalam tempoh tujuh bulan ini, saya percaya tidak ada masalah timbul. Kita mencadangkan pihak syarikat melantik seorang wakil dalam kalangan pekerja asing untuk berurusan dengan JMB jika ada isu berbangkit,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, siasatan juga mendapati syarikat berkenaan tidak melanggar Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 seperti yang didakwa sebelum ini.

“Setakat ini tiada apa-apa pelanggaran tetapi demi menjaga ketenteraman di kawasan ini, mereka bersetuju menarik keluar pekerja-pekerja di sini,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... erja-asing-selesai/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.181208 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list