Salam...aku orang baru kat cni.aku suka baca cerita2 kat ruangan ni. aku adalah tulis sikit2 dan nak share kat sini. Harap dapat maklum balas
BAB 1 BUKS, 455 petang. “Aku mimpi dia semalam,” kata Alisha sambil mata masih tak lepas dari majalah Eh! di tangan. Nina di sebelah berpaling mendengar kata-kata Alisha. “Mimpi siapa?” Nina bertanya. Alisha menghela nafas. Dia angkat kepala sambil meletakkan kembali majalah ke rak. “Aku mimpi Azmal Zakwan,” berat sekali nada suara Alisha. Wajah Nina direnung terus. Giliran Nina mengeluh sambil tangannya spontan ke dahi Alisha. “Kau jangan buat aku susah hati boleh tak?” Nina bertanya. Alisha menepis perlahan tangan Nina. Dia berpeluk tubuh. “Kau sepatutnya mimpikan Najmi, Icha,” Nina berkata perlahan. “Aku tak minta untuk mimpikan Azmal,” Alisha cuba membela diri.
Nina mengangguk-angguk kan kepalanya. “Iya? Beritahu aku, dalam sehari, berapa kali kau fikir pasal Azmal kalau nak compare dengan kekerapan kau fikirkan Najmi?”
Sarah mendengus perlahan. “Aku tak suka kira-kira!” selamba Alisha menjawab. Dia melangkah meninggalkan Rak 143, meninggalkan Sarah terkebil-kebil sendiri. Sarah lantas menurut. “Aku tak mahu kau jadi makin kronik, cik Alisha!” seru Sarah dari belakang Alisha. Alisha berpaling dan senyuman mekar di bibirnya. Nina mengerutkan dahinya, tidak faham dengan pe’el Alisha yang
berubah- ubah. “Aku okay Nina. Kau jangan la exaggerate sangat,” kata Alisha. Bahu Nina ditepuk perlahan. “Okay! Aku ingat,sekarang pukul 455 petang, kat kedai buku ni, kau cakap macam tu. Kalau nanti kau cakap gaya lain pulak, jaga kau!” ugut Nina. Alisha ketawa mendengar kata-kata Nina. “Kau kejam, Nina! ” kutuk Alisha. Nina sekadar berpeluk tubuh mendengar kata-kata Alisha. Wajahnya dipamerkan seserius mungkin. Alisha tersengih melihat telatah kawan baiknya itu. “Aku tak sangka kau ugut aku macam tu!” kata Alisha dalam tawa yang masih bersisa. “Kejam tak kejam. Aku report sama Inche’ Najmi, baru padan
muka kau,” gertak Nina lagi. Spontan Alisha mencapai buku yang agak tebal mukasuratnya dan memukul bahu Nina. Nina tidak sempat mengelak lantas mengaduh dalam tawa. Alisha ikut ketawa. Beberapa pelanggan BUKS yang berada berdekatan menbuang pandang ke arah mereka. Spontan kedua-duanya menundukkan kepala. Sempat juga Nina mencubit lengan Alisha. Alisha mengaduh perlahan. “Sakit la dol!” marah Alisha. Nina sekadar menjulingkan matanya. Malam itu... “Kau mimpi apa pasal dia?” tiba-tiba Nina bertanya. Terkejut Alisha mendengar pertanyaan Nina itu. “Kenapa baru sekarang kau tanya?” Alisha tanya kembali. Nina angkat bahu. “Random,” jawab Nina. Alisha mencebik. Nina and her randomness! “Kalau aku dah tak ingat?” Alisha soal lagi. “Tak mungkin. Kau mesti ingat punya. Or maybe you already write it somewhere so that you will always remember that dream,” selamba Nina menjawab. Alisha menjegilkan matanya kea rah Nina. “Hei, Im not that pathetic! There is no way aku akan buat macam tu. Teruk lah kau nih!” marah Alisha. Nina ketawa kecil. Kusyen di tangannya di campak ke muka Alisha. Sempat dia menepis. “Kerja kau sekarang sentap jer dol!” usik Nina. Alisha mendengus, marah. Nina lantas diam. Silence is awkward. Sekurang-kurangnya antara Alisha Hanif dan Amalina Adnan. Nina berdehem perlahan sebelum berkata, “Seriously, aku nak tahu mimpi kau.” Sejurus itu, Alisha mengeluh. “Aku rasa, sampai bila-bila pun dia tak kan pandang aku Nina...” Alisha diam seketika. Nina masih setia menunggu. “Aku mimpi aku jumpa dia. Somewhere. Mungkin panggung wayang. Aku dengan Kak Zie masa tu. He was there, also. I sat next to him but he never noticed me. Aku jumpa dia dalam mimpi aku. Basically that’s my dream,” cerita Alisha. “Hmm... dia tak pandang kau eh? Sikit pun tak?” Nina bertanya. Alisha mengosok dagu. “Hmm... jeling-jeling je kot?” balas Alisha. “Kesian kau weh... sampai macam tu sekali kau angau?” usik Nina. Alisha mencebik. Tak serik la dia nih! “Aku tak angau!” balas Alisha. “Kau tak rasa ke yang tu tanda untuk kau lupakan dia?” Nina bertanya. “Aku pun rasa macam tu la,” balas Alisha. Diam kembali menguasai ruang. Akhirnya Alisha dan Nina sama-sama memilih untuk diam. |