CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4937|Reply: 1

Sebuah Kehilangan

[Copy link]
Post time 15-1-2011 09:50 PM | Show all posts |Read mode

Pertama kali aku masuk gelanggang ini, minta izin ye


Sebuah kehilangan


Aku terpana

Apabila suara angin berbisik

Sayu...

Berhembus membawa berita...

Akan sebuah kehilangan

Bukan sebagaimana biasanya sebuahcitra fitrah

Tetapi kerana sayangnya Yang Esabuat dirimu

Lalu dipanggilnya dirimu terawaldariku


Air matakering disapu angin

Sengaja tak ku seka

Ku biarkan sahaja ia mengalir

Kerana aku masih mahu terusbegini

Mengenang dikau yang telah pergi


Aku redhakini

Kerana aku amat sedar

Allah itu Maha Tahu

Allah itu Maha Adil

Kerana hembusan angin itu

Menjadi tinta yang tercurah dibenak ragaku

Bahawa akukini mula tahu

Sebuah kehilangan, sebenarnyabegitu pilu


Sebuahkehilangan mengajar ku erti hamba

Sebuahkehilangan mengajar aku siapa Rasul

Sebuah kehilangan menunjukkan akuke jalan-Nya

Sebuah kehilangan mendekatkandiriku pada Yang Esa

Sebuahkehilangan buatku terus berdoa

Sebuah kehilangan mengajarku manakasih manusia, mana kasih Pencipta


Ah, tak sedar...

Bila terfikir semula, kehilanganyang begitu menyiksa

Rupanya sebuah anugerah dari Yang Esa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2011 06:31 PM | Show all posts
Inikah suara lautan
yang merenjut ombak di tepian
dan camar di bawah rembulan
hingga terjuntai sebuah nyanyian
melantunkan mimpi
sebuah hati
pada semenanjung sepi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.162297 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list