CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 543|Reply: 0

[Selangor] Tak kisah pandu e-hailing walau abang artis terkenal

[Copy link]
Post time 7-10-2023 04:39 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Zulkahar mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing sejak enam tahun lalu. FOTO Ahmad Zulkahar Ahmad Nadzri

Petaling Jaya: Jika Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri dikenali peminat industri seni tanah air sebagai pelakon dan penerbit filem terkenal, lain pula kisah adiknya, Ahmad Zulkahar, 47, yang mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing.

Tanpa menumpang populariti abangnya, bapa dua anak itu tetap mendapat perhatian warganet.

Ia selepas Ahmad Zulkahar berkongsi video menyuarakan keluhan mengenai tambang rendah ke Genting Highland, Pahang, sekaligus mendapat maklum bakas bercampur baur daripada warganet.

Selain perkongsian berkenaan, Ahmad Zulkahar ada memuat naik video interaksi bersama penumpang di TikTok.

Berkongsi kisahnya, Ahmad Zulkahar berkata, sudah enam tahun dia mencari 'makan' sebagai pemandu e-hailing dan bertemu pelbagai ragam penumpang sepanjang tempoh itu.

Dia memberitahu, cuba menyimpan memori itu dengan merakam video bersama penumpang sebelum memuat naiknya di TikTok.

Dia tidak menyangka perkongsiannya itu mendapat perhatian hingga pengikutnya di TikTok turut bertambah.

"Ikutkan, saya baru aktifkan akaun TikTok kira-kira tiga bulan lalu dan tak sangka dapat kumpul pengikut dalam waktu singkat.

"Mengenai video bersama penumpang, saya tak rakam sembarangan sebaliknya meminta izin dahulu. Saya sekadar mahu beri inspirasi kepada pemandu di luar sana. Walau penat, mereka perlu ramah kepada penumpang," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Ahmad Zulkahar banyak kisah dikongsikan penumpang dan dia cuba menjadi pendengar yang baik.

"Pelbagai kisah dikongsi, ada yang baru putus cinta dan tak kurang juga kisah sedih kerana menghidap barah pada usia muda.

"Walaupun tak kenal secara peribadi namun saya cuba beri sokongan. Ini mampu memberi kelegaan kepada mereka," katanya.

Ditanya sama ada dia menyimpan hasrat menjadi pelakon, Ahmad Zulkahar tidak bercadang ke arah itu kerana sedar dirinya tiada bakat dalam bidang lakonan.

"Dahulu, saya yang temankan abang ke sesi uji bakat. Saya pernah cuba berlakon namun tidak kena dengan jiwa. Mungkin kerana saya tiada bakat

"Tetapi baru-baru ini, saya ada berlakon dalam filem arahan abang bertajuk Anak Perjanjian Syaitan 2 yang baru selesai penggambaran 30 Ogos lalu.

"Dalam filem itu, saya jadi pelakon tambahan yang membawa watak pemandu e-hailing. Tak banyak dialog pun, cuma dua ke tiga patah perkataan saja bersama pelakon Eyka Farhana," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bang-artis-terkenal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.356504 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list