CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 465|Reply: 0

Bellingham lonjak Madrid benam Osasuna

[Copy link]
Post time 8-10-2023 12:26 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Real Madrid, Jude Bellingham mendepangkan tangan untuk meraikan jaringan ketika menentang Osasuna pada aksi La Liga Sepanyol di Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi. – Foto REUTERS

MADRID: Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti berkata tiada siapa menjangkakan Jude Bellingham terlalu tajam di depan pintu gol selepas pemain tengah itu meledak dua gol untuk membantu Madrid kembali ke puncak La Liga dengan kemenangan 4-0 ke atas Osasuna awal pagi tadi.

Kemenangan 1-0 Girona di Cadiz bermakna kelab kerdil Catalan itu mendahului satu mata buat seketika tetapi Madrid menang bergaya di Santiago Bernabeu untuk merampas kembali tangga teratas, dengan Vinicius Junior dan Joselu turut menyumbang gol.

Pemain antarabangsa England, Bellingham yang kini mendahului senarai penjaring liga dengan lapan gol, kelihatan tidak boleh dihalang apabila berada di kubu lawan.

Ancelotti mengubah peranan bekas pemain Borussia Dortmund itu kepada lebih menyerang dengan kekebasan untuk bergerak di belakang dua penyerang tengah dan ia ternyata berhasil.


Selepas menjaringkan gol solo menakjubkan menentang Napoli pada pertengahan minggu dalam Liga Juara-Juara dan menambah dua lagi berdepan Osasuna, pemain tengah itu sudah mengumpul 10 gol dalam 10 perlawanan bagi kedua-dua pertandingan.


Pemain tengah Real Madrid, Jude Bellingham (kanan) menyumbat gol kedua pasukannya menentang Osasuna di Santiago Bernabeu, Madrid awal pagi tadi. – Foto REUTERS

"Bellingham menemui banyak peluang di serangan, dia banyak terbabit dalam gerakan serangan pasukan dan tidak mempunyai posisi khusus memberikannya kelebihan," kata Ancelotti kepada wartawan.

"Ia permulaan musim yang mengejutkan daripadanya dalam semua aspek. Sudah tentu tiada siapa menjangkakan tahap ini, terutama dari segi jaringan."

Bellingham memula dan menyudahkan gol kedua Madrid pada minit ke-55 ketika Madrid mendominasi, meluru ke hadapan dan bermain satu-dua dengan Fede Valverde sebelum merembat masuk.

"Saya suka membayangkan permainan, saya melihat padang, rumput, posisi permainan saya... dengan cara itu saya berasa lebih tenang," kata Bellingham kepada Real Madrid TV.

Peminat memberikannya tepukan gemuruh ketika dia meninggalkan padang, dengan ramai yang menyanyikan korus lagu The Beatles "Hey Jude."

"Saya tidak tahu bagaimana untuk berterima kasih kepada peminat, mereka menyambut kehadiran saya ke dalam keluarga ini seperti keluarga mereka sendiri," jelas Bellingham. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... adrid-benam-osasuna
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.121999 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list