CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 471|Reply: 0

Spurs lonjak ke tangga teratas liga

[Copy link]
Post time 8-10-2023 12:29 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Tottenham Hotspur, Micky van de Ven meraikan jaringan ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Luton Town di Kenilworth Road, Luton, Britain. - Foto REUTERS

LUTON, United Kingdom: Tottenham melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Luton 1-0 sebentar tadi.

Skuad kendalian Ange Postecoglou terpaksa bermain 10 orang selepas Yves Bissouma yang menerima kad kuning kedua dibuang padang sebelum rehat di Kenilworth Road .

Bagaimanapun jaringan sulung Mickey van de Ven untuk Spurs selepas rehat memastikan kemenangan keenam dalam lapan aksi liga buat Tottenham yang belum pernah tewas musim ini.

Spurs kini mendahului Manchester City dengan kelebihan dua mata, dengan juara bertahan itu akan bertandang ke Arsenal esok.



Permulaan cemerlang Postecoglou pada musim pertamanya meletakkan Spurs sebagai pencabar utama kejuaraan pada kempen kali ini.

Ia adalah rekod tanpa kalah awal musim paling baik untuk mana-mana pengendali Tottenham, dan dengan Fulham dan Crystal Palace menanti mereka selepas ini, deretan keputusan cemerlang itu mungkin akan bertahan sepanjang bulan ini. - AFP

https://www.bharian.com.my/sukan ... tangga-teratas-liga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.059999 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list