CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 492|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Seru kerajaan gugur dasar GEG dari RUU Kawalan Produk Merokok

[Copy link]
Post time 8-10-2023 12:55 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kuala Lumpur: Pemain industri vape tempatan menyeru agar kerajaan menggugurkan dasar generasi penamat (GEG) dari Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok yang bakal dibentangkan di Parlimen pada 10 Oktober ini.

Timbalan Presiden Persatuan Rokok Elektronik Runcit Malaysia (MRECA), Md Sani Md Shah berkata, Menteri Kesihatan sudah mengumumkan bahawa kerajaan akan membentangkan RUU Kawalan Produk Merokok di Parlimen termasuk polisi GEG, yang mana penjualan vape akan dilarang kepada sesiapa yang lahir selepas 2007 untuk seumur hidup.

"GEG akan mengakibatkan kesan negatif kepada industri tempatan dan ini akan melihat ribuan pekerja bakal hilang pekerjaan dan ramai usahawan akan terpaksa menggulung tikar.

"Industri memerlukan peraturan kawal selia dan bukannya GEG. Cadangan yang begitu ekstrem ini akan memaksa perniagaan vape ditutup dan ia akan memberikan kesan kepada keseluruhan ekosistemnya yang akan mengakibatkan ramai bakal kehilangan pekerjaan.

"Malah ia juga akan mengakibatkan pelabur asing dan domestik beralih ke negara jiran seperti Filipina dan Indonesia yang mempunyai dasar yang tidak ekstrem ke atas industri vape," katanya dalam kenyataan hari ini.

Md Sani berkata, Kementerian Kesihatan mengambil langkah yang salah dengan menyamakan vape dan rokok untuk dikenakan GEG.

"Vape tidak boleh disamakan dengan rokok. Ia tidak adil sama sekali kerana kedua-dua produk ini adalah berlainan.

"Produk vape telah terbukti sebagai alternatif yang kurang mudarat malah, di New Zealand, negara yang melaksanakan GEG, mereka tidak melaksanakannya pada vape kerana memberi peluang kepada perokok memilih alternatif yang kurang memudaratkan untuk berhenti merokok.

"Tambahan juga, baru-baru ini UK mencadangkan melaksanakan GEG hanya untuk rokok dan bukannya vape sekali," katanya.

Beliau berkata, hak kebebasan pengguna dicabuli dengan cadangan GEG dan tatacara pelaksanaan yang akan memerlukan setiap pengguna vape memohon lesen atau satu pengesahan untuk membeli produk vape.

"Selain itu, industri juga tiada penjelasan tatacara pelaksanaan dalam GEG. Tetapi untuk melaksanakan GEG, ini bermakna setiap pengguna vape perlu membuat permohonan mendapatkan lesen ataupun pengesahan daripada kerajaan untuk menggunakan produk vape dan hanya pemegang lesen yang dilahirkan sebelum 2006 akan mendapat lesen itu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... alan-produk-merokok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.058710 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list