CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 540|Reply: 0

[Selangor] 18 kawasan catat bacaan IPU tidak sihat

[Copy link]
Post time 8-10-2023 01:12 PM | Show all posts |Read mode

Jerebu - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Keadaan jerebu di beberapa kawasan di semenanjung Malaysia kembali buruk apabila sebanyak 18 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 10 pagi ini.

Berdasarkan maklumat yang didapati di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Batu Muda dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan bacaan 104 dan 154.

Sementara itu di Wilayah Persekutuan Putrajaya bacaan IPU ialah 151, diikuti Banting, Selangor yang merekodkan bacaan IPU 141.

Keadaan sama juga berlaku di Negeri Sembilan di mana terdapat tiga kawasan mencatat IPU tidak sihat iaitu Nilai (162), Seremban (152) dan Port Dickson (154).

Selain itu, di Melaka pula sebanyak tiga kawasan merekodkan bacaan IPU yang tidak sihat iaitu di Alor Gajah (156), Bukit Rambai (163) dan di Bandaraya Melaka (155).

Begitu juga di Johor, turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah di Segamat (155), Batu Pahat (163), Larkin (157), Pasir Gudang (152) dan Tangkak (155).

Di Pantai Timur, IPU tidak sihat direkodkan di Rompin, Pahang iaitu 122 manakala di Kemaman dan Paka, Terengganu masing-masing mencatat IPU 113 dan 106. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... an-ipu-tidak-sihat/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.161292 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list