CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 605|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pantang tengok kucing jalanan sakit

[Copy link]
Post time 8-10-2023 03:21 PM | Show all posts |Read mode

Fatil ketika memberi rawatan pada kucing jalanan.

Kuala Lumpur: "Saya tak boleh tengok kucing jalanan yang terbiar dan sakit. Saya sebolehnya akan bantu dalam apa cara sekalipun, " kata Muhammad Fatil Firdaus Jaafar, 33.

Muhammad Fatil Firdaus sudah berbakti dengan memelihara dan merawat lebih 50 anak kucing jalanan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.

Menurutnya, dia tergerak hati membantu selepas melihat banyak kucing terbiar dan sakit di Pasar Besar Tasik Raja Pasir Mas, Wakaf Bharu dan Pasar Berek 12, Kota Bharu, Kelantan.

"Sebelumnya saya memang aktif bela kucing, tapi selepas dua ekor kena virus dan mati, saya tak nak bela dah. Ada satu hari ketika PKP saya tengok anak kucing terbiar dalam keadaan kelaparan sebab tak makan.

"Sejak itu, setiap hari saya minta jasa baik polis nak bagi makan pada kucing di kawasan pasar. "Saya juga minta surat kebenaran daripada Persatuan Pencinta Haiwan Malaysia untuk saya bebas bergerak. Di bonet memang sudah tersedia banyak makanan kucing dan selama setahun saya buat aktiviti ini.

"Sehari ada empat hingga lima ekor mati, jadi saya ambil dan bawa balik untuk ditanam. Dari situ saya buat kandungan media sosial," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia tidak menyangka ramai yang memberikan sumbangan untuk membeli makanan kucing.

"Anak kucing yang sakit, saya ambil bawa balik dan bela di rumah. Saya juga bawa ke klinik vaterina dan kos rawatan menggunakan sumbangan orang ramai, jika tak ada, saya pakai duit sendiri," katanya.

Dia berkata, kos rawatan tinggi di klinik membuatkan dirinya mula menghasilkan ubat dan ramuan sendiri bagi merawat kucing sakit.

"Sepanjang setahun, ada 50 ekor anak kucing saya bela dan rawat di rumah, tapi ada mati bersilih ganti sebab tak tahu nak rawat. Nak bawa ke klinik haiwan pula kos tinggi, jadi saya belajar dengan kawan-kawan yang ada pengalaman.

"Saya juga buat ubat sendiri untuk kucing jalanan yang dibela dan diberikan pada yang sakit teruk. Ada yang patah rahang mulut akibat dilanggar dan macam-macam lagi.

"Alhamdulillah, kesemua kucing itu sembuh dan masih hidup. Ramai bertanya mengenai ubat itu dan nak beli, tapi saya tak jual, cuma saya beri dulu untuk mereka cuba," katanya.

Menurutnya, dia kini memberi fokus pada kucing sakit dan memberikan rawatan di luar.

"Semua kucing itu saya rawat dengan ubat ramuan sendiri. Bila ramai nak ubat itu, saya akhirnya akur dan jual juga dengan niat nak bantu. Saya faham, tak semua orang mampu nak bawa kucing ke klinik haiwan. Alhamdulillah, maklum balas diterima kucing mereka sihat lepas diberikan ubat.

"Saya juga ada buat susulan pada kucing itu, semuanya sihat. Kalau dah okay, saya bagi pada orang yang betul-betul nak pelihara," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ucing-jalanan-sakit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.229086 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list