CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2972|Reply: 0

Mafia Korporat Dato’ Sri Alex Teh dalang baharu rampas KNM Group terbongkar

[Copy link]
Post time 8-10-2023 04:04 PM | Show all posts |Read mode


Polemik cubaan kumpulan jutawan Jerman Andreas Heeschen didalangi Mafia Korporat Malaysia merampas KNM Group Berhad daripada Kumpulan Tunku Yaacob Khyra Pengerusi KNM Group semakin panas.
The Corporate Secret (TCS) berjaya membongkar Kumpulan yang membantu jutawan Jerman Andreas Heeschen merampas KNM Group Berhad Kenneth Vun@ Vun Yun Lun dan budak-budaknya.
Wajar Andreas Heeschen
Percubaan pengambilalihan itu bermula pada 5 September 2023, apabila Lembaga Pengarah KNM menerima permintaan daripada pemegang saham yang memiliki 10.8% saham KNM untuk mesyuarat pemegang saham luar biasa (EGM) dijalankan.
Tujuan EGM adalah untuk menyingkirkan keseluruhan lembaga pengarah sedia ada.

Semakan mendapati semua 9 pemegang saham yang mahu mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) merupakan lembaga pengarah dan pemegang saham yang dikaitkan dengan semua syarikat milik Kenneth Vun@ Vun Yun Lun.

Azmi Bin Osman yang mengetuai pemegang saham minoriti menuntut EGM ialah Timbalan Pengerusi Eksekutif SMTrack Berhad yang juga sekarang Pengarah bebas bukan eksekutif Jiankun International Berhad. Azmi menggunakan syarikatnya AZM Trading Venture Sdn Bhd dan namanya sendiri 0.50% atau 20,271,700 saham.

Kemudian nama yang dicadangkan mengisi Lembaga Pengarah baharu KNM Group ialah jutawan Jerman Andreas Heeschen dan seorang peguam Itali, Encik Flavio Porro. Selebihnya ialah penama-penama Lembaga Pengarah dikuasai Kenneth Vun seperti syarikat Jiankun International Bhd, SM Track Bhd, Key Alliance Bhd, CNA Asia Corp Bhd, Komarkcorp Bhd.

Bagi Andreas Heeschen dan FLAVIO PORRO bekas pengarah eksekutif KNM sebelum ini dari 2018 hingga akhir 2022 yang kini mahu kembali ke KNM sudah tentu akan melakukan apa saja termasuk bekerjasama dengan Kumpulan Mafia Korporat Kenneth Vun.
Flavio Porro
DALANG TERBARU – DATO’ SRI DR TEH CHEE TEONG @ ALEX
Selain Andreas Heeschen, Flavio Porro dan Kenneth Vun@ Vun Yun Lun menjadi dalang merampas KNM Group namun seorang lagi pemanipulasi saham Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong dikenal pasti terlibat.
Sekalipun pemanipulasi saham terkenal mafia korporat seperti Victor Chin Boon Long, Kenneth Vun dan Jacky Pang Chow Huat sering disebut di negara ini namun penglibatan Dato’ Sri Alex Dr Teh Chee Teong dalam KNM Group Berhad tidak boleh dikesampingkan. Beliau adalah ahli perniagaan ‘scammer’ yang sering menjual nama-nama kerabat raja dalam urusannya.

Siapa sebenarnya Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong?
Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong manipulator pasaran saham Malaysia adalah rakan Kenneth Vun dan Jacky Pang berdasarkan kebersamaan Dato’ Alex Teh memegang saham dalam syarikat dikuasai Kenneth Vun dan Jacky Pang. Sebelum ini beliau sering menggunakan syarikat seperti Radiant Growth Investments Ltd, Top Creation Investments Ltd, Zai Corporate Finance Ltd (ZAICF) dan beberapa syarikat Kenneth Vun seperti AT Systematization Bhd dan Sanichi Technology Bhd milik Jack Pang Chow Huat.
Pernah menjadi pemegang saham terbesar dalam Envair Holdings Berhad (Kini Straits Energy Resources Berhad) selain pengarah urusan bersama.
Kini Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong muncul sebagai pemegang saham dalam syarikat CN Asia Corporation Berhad (4.83%), Jiankun International Berhad (1.30%) dan Country Heights Holdings Berhad (0.49%). Selain di SMTrack Berhad dan Inix Technologies Holdings Bhd (Kini Zen Tech International Berhad). Semua syarikat berkaitan Kenneth Vun kecuali Country Heights Holdings Berhad milik Tan Sri Lee Kim Yew.
CN ASIA CORPORATION BERHAD

JIANKUN INTERNATIONAL BERHAD

COUNTRY HEIGHTS HOLDINGS BERHAD

INIX TECHNOLOGIES HOLDING BERHAD (KINI ZEN TECH INTERNATIONAL BERHAD)
Namun kemunculan beliau dalam syarikat kongsi gelap Inix Technologies dengan saham 1.31 % bersama Broken Tooth Koi atau Wan Kuok Koi seorang ketua sindiket jenayah transnasional yang berasal dari Macau bekas “Kepala Naga” atau ketua kepada kumpulan 14K Macau mencetuskan kontroversi. Datuk Seri Tan Choon Hwa kawan baik Kenneth Vun antara Lembaga Pengarahnya. The Edge Malaysa tahun 2020 pernah mendedahkannya.
Datuk Seri Tan Choon Hwa dan Broken Tooth Koi atau Wan Kuok Koi. Alex Teh Chee Teong turut bersama dalam pasukan ini
Bekas Menteri KDN Datuk Seri Hamzah Zainudin dikatakan sering menggunakan kumpulan kongsi gelap ini malah  diberi sekitar 600,000 saham atau 0.29% di Syarikat Computer Form (M) Berhad syarikat Mafia Korporat Jacky Pang dan Kenneth Vun.

MODUS OPERANDI DATO’ SRI ALEX TEH CHEE TEONG
Sebagaimana Mafia Korporat Victor Chin Boon Lonng, Kenneth Vun dan Jacky Pang, Modus operandi Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong adalah membeli saham syarikat sasaran yang mencukupi untuk mengundi perubahan dalam lembaga pengarah syarikat tersenarai sasaran, dalam kes ini, pada EGM KNM yang akan datang pada 16 Oktober 2023 dan menggantikan lembaga pengarahnya. Lantaran itu penama yang menuntut EGM serta bakal menggantikan lembaga pengarah KNM semuanya ada kaitan dengan syarikat di sebut di atas yang mana Kenneth Vun dan Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong mempunyai saham seperti CN Asia Corporation, SM Track dan Jiankun.
Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong kemudiannya akan menjual semua sahamnya dan bertindak mengawal lembaga pengarahnya.
Alex Teh Chee Teong kemudiannya akan mendapatkan pengarah proksi untuk meletakkan syarikat itu ke dalam pembubaran, dan memaksa menjual aset teras syarikat itu dengan murah. Dalam kes ini, untuk menjual Borsig kepada jutawan Jerman Andreas Heeschen dan untuk menjual FBM Hudson kepada Flavio Porro pada harga paling rendah.
Borsig, sebuah syarikat jentera dan peralatan Jerman yang terkenal, mempunyai penilaian pasaran melebihi €300 juta (RM1.5 bilion).
Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong telah melakukan sebelum ini kepada beberapa syarikat dan bekerjasama dengan Kenneth Vun dan Jacky Pang Chow Huat. Ini bermakna tidak mustahil beliau juga bekerjasama dengan Mafia Korporat seperti Victor Chin Boon Long dan Chong Loong Men dalam merampas Caely Holding (Classita), Jetson dan lain-lain lagi.
Semua tahu KNM menghadapi masalah kewangan. Hutang dan status PN17nya dijadikan alasan untuk pihak tertentu mahu mengambil alih KNM Group.
Persoalannya mampukah Tunku Yaacob Khyra Pengerusi KNM Group bertahan melawan pasukan jutawan Jerman Andreas Heeschen merampas KNM Group Berhad, Flavio Porro, Kenneth Vun@ Vun Yun Lun dan Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong.
Harga saham KNM terus meningkat menjelang EGM ke 16 Oktober ini. Apakah akan ramai pemegang saham menjual saham mereka pada harga 18 sen ke atas untuk elak kerugian lebih besar jika saham KNM diramal jatuh selepas EGM?
Atau dengan terdedahnya siapa Dato’ Sri Alex Teh Chee Teong bersama Mafia Korporat di negara ini yang sedang rakus meratah mana-mana syarikat senarai awam akan menakutkan pemegang saham bekerjasama dengan mereka?


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.156663 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list