CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 657|Reply: 0

Fenomena Beyonce pengaruhi ekonomi AS?

[Copy link]
Post time 8-10-2023 04:26 PM | Show all posts |Read mode


ARTIS popular dunia, Beyonce, benar-benar seperti bait lagunya yang menyebut ‘girls run the world’

Beyonce adalah sebuah fenomena dunia yang diramal meraih kutipan sebanyak 2.7 billion ringgit dari konsert jelajahnya Renaissance yang berakhir di destinasi terakhir Kansas City, Amerika Syarikat minggu ini.

Menerusi laporan yang dikongsikan Variety menerusi Live Nation, jumlah kutipan itu diraih Beyonce selepas menjelajah ke 39 kota dengan 56 konsert yang dihadiri kira-kira 2.7 juta penonton.

Konsert jelajah Beyonce merupakan sejarah apabila berjaya mencatat rekod dengan pengunjung konsert terbanyak di Stadium Tottenham Hotspur, London, England.

Konsert tersebut berjaya mengumpulkan 238 ribu pengunjung selama lima hari sekali gus menjadikannya konsert dengan pengunjung terbanyak sejak stadium itu dibuka pada tahun 2019.

Konsert Beyonce kemudian menjadi perbincangan dalam kalangan pakar akademik dan ekonomi yang mengkaji bagaimana artis ini boleh meraih kutipan sebanyak itu. Rata-rata berpendapat bahawa berlakunya ‘revenge spending’ iaitu wang yang dibayar pengunjung selepas lama berdiam diri akibat pandemik.

Dengan berakhirnya pandemik, maka mereka lebih cenderung untuk membeli pengalaman dan hiburan yang boleh didapati di konsert. Ia juga menjadi katalis hebat untuk menjana ekonomi melalui pelancongan termasuk perhotelan, pengangkutan seperti kapal terbang serta restoran.

Menurut salah seorang perias kuku di Brooklyn berkata, sepanjang Julai, dia hanya menghabiskan masa untuk merias kuku pengunjung konsert Beyonce dengan warna tema konsert berkenaan, warna silver dan keemasan.

Kejayaan Beyonce tidak berhenti di situ. Penyanyi Break My Soul itu bakal membawa konsert jelajah itu untuk ditayangkan di layar lebar bermula pada Disember tahun ini dengan tajuk ‘Renaissance: A Film by Beyonce’.

Filem itu bakal menayangkan cuplikan daripada momen terbaik sepanjang konsert jelajah Renaissance yang mula diumumkan sejak Februari tahun 2023. Ada banyak kenangan manis yang bakal dikongsikan penyanyi papan atas itu termasuklah ketika tiket habis dijual sehingga penganjur terpaksa menambah beberapa hari untuk konsert.

Beyonce adalah artis yang mengumumkan penayangan filem konsert jelajah selepas Taylor Swift: The Eras Tour.

Konsert ini membuatkan Beyonce kembali berkunjung ke Eropah dan Amerika Utara untuk sebuah persembahan bertaraf dunia. Album Renaissance mendaki carta dan dinobatkan sebagai album popular Amerika Syarikat oleh Billboard 200.

Sebelum ini, Beyonce pernah menghasilkan filem dokumentari mengenai persembahannya termasuklah 2019’s Homecoming yang merakamkan perjalannya semasa menjadi bintang utama untuk konsert Coachella 2018.
https://www.utusan.com.my/pancai ... ngaruhi-ekonomi-as/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.062597 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list