CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1953|Reply: 2

5 Tempat Mesra Keluarga Di Korea, Anak-Anak Pasti Suka!

[Copy link]
Post time 9-10-2023 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Korea Selatan adalah salah satu pilihan destinasi yang tepat sekiranya anda ingin membawa bersama anak-anak bercuti.


Walaupun korea dikatakan tempat lawatan yang romantik bagi pasangan baru berkahwin, kawasan lawatan yang sesuai untuk kanak-kanak juga kesemuanya sangat menarik dan menyeronokkan.


1. Children’s Grand Park


Di Seoul mempunyai taman tema yang dinamakan Children’s Grand Park. Berjalan-jalan atau bersiar-siar, taman ini mempunyai banyak pilihan untuk pelancong.


Children’s Grand Park adalah taman besar dengan Zoo, taman botani, tempat pameran luar dan banyak tarikan menarik yang lain.


Taman ini sangat terkenal dengan keluarga, dan selalu ada banyak acara yang berlaku di taman itu sepanjang tahun.






2. Everland Theme Park


Everland Theme Park di Yongin merupakan taman tema paling popular di kalangan penduduk Korea Selatan dan juga para pelancong.


Sekali pandang macam Disneyland dan Universal Studio. Taman tema ini mengikut konsep Zootopia, Global Fair, European Adventure, American Adventure dan Magic Land.


Anda boleh memilih pakej laluan mengikut kesesuaian samada Children’s Course, Parent’s Course, Thrill-Seeker’s Course atau Short-cut Course.






3. Gwacheon National Science Museum


Gwacheon National Science Museum di Seoul Land Gwacheon. Di sini anak-anak mahupun semua peringkat umur dapat menimba banyak ilmu pengetahuan.  


Muzium besar ini terdiri daripada dewan pameran utama, Planetarium, taman Dinosour dan taman permainan kanak-kanak.


Pameran-pameran di dewan utama termasuk: Aerospace, Modern Technology, Traditional Science dan Natural History Hall.






4. Nami Island


Bawa keluarga besar anda ke Nami Island yang terletak di Chuncheon. Ia merupakan sebuah pulau kecil berbentuk bulan sabit dan mula mendapat tempat di hati pelancong selepas tayangan drama Winter Sonata.


Namun adakah anda tahu bahawa pulau ini telah dinobatkan sebagai UNICEF Children Friendly Park sempena meraikan kanak-kanak?


Oleh itu, sebuah taman permainan kreatif ‘Un-chi’ dan perpustakaan kanak-kanak telah dibina di sebelah dewan UNICEF.


Aktiviti-aktiviti yang ideal dilakukan di sini seperti berjalan kaki atau berbasikal menikmati keindahan semulajadi melalui Metasequoia Lane, Ginkgo Tree Lane, Pine Lane (Winter Sonata Lane), Tulip Lane dan Cherry Blossoms Lane.






5. Bukchon Hanok Village


Bawa anak-anak anda untuk belajar budaya masyarakat Korea Selatan di perkampungan tradisional Korea Bukchon Hanok Village di Jongno.


Ia terletak di antara dua istana Gyeongbokgung dan Changdeokgung.


Di sini anda boleh belajar tentang rekabentuk ‘Hanok’ iaitu rumah tradisional Korea, seni dan kraftangan tradisional Korea dan kerja-kerja kayu sambil menikmati panorama yang sangat cantik sepanjang perjalanan.






Di samping itu terdapat juga butik-butik baju, kedai-kedai dan galeri seni serta rooftop cafe untuk anda mendapatkan cenderamata istimewa.


Menarik bukan? Anda boleh mula merancang dari sekarang. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2023 06:54 PM | Show all posts
bulan depan nak gi korea tapi korea utara la
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 02:03 PM | Show all posts
emm bestnya rindu nak g s/korea.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.064172 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list