CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 792|Reply: 0

Beyonce untung RM2.7 bilion buat konsert

[Copy link]
Post time 9-10-2023 10:38 AM | Show all posts |Read mode

BEYONCE

PENYANYI antarabangsa Beyonce dikhabarkan berjaya meraih kutipan sebanyak AS$578 juta (RM2.7 bilion) hasil daripada jelajah konsertnya, Renaissance World Tour yang berakhir pada 1 Oktober lalu.

Menurut laporan Variety via Live Nation, hasil yang diperolehi daripada konsert sejak Mei 2023 itu melibatkan 56 buah persembahan di 39 buah bandar dengan dihadiri seramai 2.7 juta penonton.

Selain mengaut keuntungan ratusan juta dolar, konsert yang anjuran Parkwood Entertainment itu turut mencatat sejarah tersendiri ketika diadakan di Tottenham Hotspur Stadium, London, England apabila meraih jumlah penonton teramai iaitu sebanyak 238,000 penonton.

Ketika konsert itu berakhir di Kansas, Beyonce turut membuat pengumuman bahawa jelajah persembahannya akan diabadikan dalam bentuk filem dan bakal ditayangkan pada 1 Disember nanti dengan tajuk Renaissance: A Film by Beyonce.

Bahkan, trailer untuk filem tersebut telah pun dilancarkan pada 2 Oktober lalu apabila menayangkan persiapan di sebalik penganjuran konsert mega berkenaan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ilion-buat-konsert/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.166654 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list