CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 750|Reply: 0

Iman Aliff, Rifdean bakal ikut jejak Johan

[Copy link]
Post time 9-10-2023 10:56 AM | Show all posts |Read mode

Ahmad Nor Iman Aliff Rakib– IHSAN FACEBOOK IMAN ALIFF



PETALING JAYA: Presiden Persatuan Muay Thai Malaysia, Datuk Shahnaz Azmi yakin dua lagi atlet muay thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib dan Mohd. Rifdean Masdor akan mendapatkan kontrak ONE Championship Thailand bernilai AS$100,000 (RM467,000).

Menurut Shahnaz, keyakinan itu berdasarkan kemampuan kedua-dua atlet berkenaan termasuk mereka mempamerkan aksi cemerlang ketika bertarung dalam saingan ONE Championship Thailand dan mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing-masing.

Jumaat lalu, atlet muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar mencipta sejarah menjadi atlet termuda meraih kontrak ONE Championship Thailand selepas menang empat perlawanan ONE Championship Thailand dengan dua daripada menerusi knockout (KO).

“Saya kagum dengan sikap percaya diri dan keyakinan tinggi yang ditunjukkan Johan, dia sudah buktikan dia layak untuk dapatkan kontrak berkenaan dan saya percaya kejayaan itu adalah permulaan untuknya.

“Saya rasa juga konsep ONE Championship Thailand yang menggunakan sarung tangan ‘4oz’ kecil kena dengan cara Johan yang agresif dan Muay Thai Malaysia Malaysia yakin Iman Aliff dan Rifdean berpotensi untuk mendapatkan kontrak itu juga,” katanya.


Mohd. Rifdean Masdor

Pada Jumaat lalu, Johan yang lebih dikenali sebagai Jojo mendapat kontrak tersebut selepas menumpaskan Temirlan Bekmurzaev secara KO dalam ONE Championship Thailand.

Dalam pertarungan itu, Johan berjaya menumbuk deras di bahagian perut Bekmurzaev di pusingan kedua, yang menyaksikan petarung dari Russia itu gagal bangun untuk meneruskan pertarungan.

Lebih manis, kejayaan itu itu juga membolehkan Johan yang mewakili Rentap Muaythai Gym yang berpangkalan di Sarawak menerima bonus kemenangan 350,000 baht (RM46,500).

Untuk rekod, Johan kini memenangi empat pertarungan ONE Championship Thailand, sebelum ini, dia pernah menumpaskan tiga wakil Thailand iaitu Samurai Seopal, Tai Sor Jor Piek Uthai dan Padetsuk Fairtex.

Mengulas lanjut, Shahnaz berkata, Johan ketika ini beraksi dalam ‘undercard’ One Championship di Thailand dan kontrak yang diperolehinya akan membolehkan dia beraksi di ‘fight card’ One Championship di seluruh dunia.-UTUSAN

https://www.utusan.com.my/terkin ... l-ikut-jejak-johan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.046377 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list