CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 669|Reply: 0

[Kedah] Pesawah minta kerajaan campur tangan isu harga padi

[Copy link]
Post time 9-10-2023 05:44 PM | Show all posts |Read mode

Seramai 70 petani PPK Kuala Muda Selatan mengadakan bantahan secara aman terhadap penurunan harga belian padi di Kampung Kubang Jambu, Kota Kuala Muda, Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Seramai 70 pesawah dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Muda Selatan, di sini mengadakan bantahan secara aman terhadap penurunan harga belian padi daripada RM1,700 satu tan kepada RM1,250 sejak 3 Oktober lepas.

Ahli Jemaah Pengarah PPK Kuala Muda Selatan, Badrol Hisham Bahari berkata, keputusan pengilang menurunkan harga belian padi menyebabkan seramai 1,866 pesawah bagi keluasan sawah seluas 3,666 hektar di PPK tersebut semakin terjejas.

Katanya, pesawah terhimpit dengan kos pengurusan sawah padi dan pada masa sama kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menurut Badrol, penurunan harga belian padi tersebut tidak relevan dengan situasi ekonomi ketika ini kerana kos pengurusan sawah seperti baja, racun dan sebagainya terus meningkat.

“Tambahan lagi pesawah di sini merupakan pesawah di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), jadi peruntukan yang mereka terima tidak sama dengan peruntukan diperoleh pesawah dalam kawasan MADA.

“Pesawah di kawasan MADA juga mendapat peruntukan yang banyak daripada kerajaan. Sebagai contoh pada musim ini, JPS di kawasan ini hanya melakukan penyelenggaraan di sebahagian kawasan pengairan dan selebihnya harus dilakukan sendiri secara bergotong-royong,” dakwanya pada sidang akhbar ketika mengadakan bantahan tersebut di kawasan tali air Kampung Kubang Jambu, Kota Kuala Muda di sini hari ini.

Katanya, purata pendapatan pesawah di situ adalah kira-kira empat tan per hektar untuk satu musim, jadi dengan harga belian padi tersebut tidak memberi pulangan modal.

“Ramai pesawah sudah mengeluh dengan isu ini dan kita tidak mahu sampai ke tahap memboikot untuk tidak mengusahakan sawah padi,” katanya.

Seorang pesawah dari Kampung Sungai Emas, Zulkefli Ismail, 64, berkata, pihaknya mendesak kerajaan supaya campur tangan dalam isu itu supaya dapat mengembalikan harga belian padi seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu RM1,700 satu tan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... gan-isu-harga-padi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.050097 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list