CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: masarju

[Makanan & Minuman] ★MENU/MAKANAN ANDA & RESIPINYA★

[Copy link]
Post time 28-10-2017 10:09 PM | Show all posts
Resepi Tauhu Salur Telur




Bahan-Bahan:

3 keping tauhu putih -potong 3 memanjang
2 biji telur ayam
2 biji Bawang kecil – dadu kecil2
1 Kiub Ikan bilis
Sedikit daun Bawang- dipotong panjang
Sedikit serbuk Lada Hitam
Sedikit Garam & Serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng




Cara Membuat:

1. Gaul tauhu dgn garam dan kunyit- perap kira-kira 10 minit. Pastikan Garam Sedikit sahaja.
2. Sementara Itu campurkan telur dgn bawang, kiub Ikan Bilis dan lada hitam.
3. Masukkan Tauhu tadi dan daun bawang dalam bancuhan telur tadi.
4. Panaskan minyak dan masukkan semua tauhu dan bancuhan telur sekali.
5. Angkat setelah Masak dan kekuningan angkat. Enak dimakan begitu sahaja atau sos kegemaran anda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2017 10:10 PM | Show all posts
Resepi Apam Susu Milo



Bahan-bahan:
4 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovalate
1 cawan gula pasir
4 sudu besar susu pekat
2 cawan tpung gandum (diayak)
6 sudu besar Milo + 4 sudu besar Milo = 10
Pewarna hijau (ikut kesukaan)
Cara-cara:


Gunakan blender , campur kesemua telur,esen vanila, ovalate, gula dan susu pekat dan blend sehingga halus dan kembang. Tuangkan ke dalam bekas.
Masukan tepung dan gaul secara kauk balik sehingga rata.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan 1 bahagian kepada warna hijau, dan satu lagi bahagian masukkan 4 sudu besar Milo.
Ambil loyang dan jangan lupa untuk sapu majerin pada bahagian bawah dan tepi loyang, untuk mengelakkan ia melekat.
Masuk adunan hijau separuh, kemudian masukkan kesemua adunan yang ditambah Milo.
Kemudian taburkan 6 sudu Milo dan seterusnya kesemua adunan hijau yang masih berbaki separuh tadi ke dalam loyang.



Gunakan cover plastik untuk tutup bahagian permukaan loyang untuk elak air wap menitik atas kek.
Panaskan pengukus, dan kukus selama 45 minit – 1 jam. Sebelum angkat cucuk dulu dengan lidi, kalau ada adunan melekat pada lidi maknanya belum masa. Biar sehingga masak. 🙂
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 10:11 PM | Show all posts
RESEPI KEK MAJERIN



Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 cawan majerin (saya guna majerin pelangi je)
3 biji telur
1cawan gula halus
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila


Cara-caranya

1 -Ayak tepung gandung bersama baking powder.ketepikan..
2-pukul majerin dan gula sampai kembang
3-masuk kan telur sebiji demi sebiji.
4-masuk kan esen vanila dan susu pekat..pukul lagi..
5-masuk kan tepung gandum yang diayak tadi..
6-kalau nak nak buat marble kek , asing kan dua bahagian dan masuk kan apa2 pewarna yang kita nak..kalau tak nak warna warni tu bakar macam yu je pun tak pe..sama je rasanya ..sedap..
7- masuk kan dalam loyang yang dah di sapu majerin dan di taburkan sedikat tepung gandung..
8- bakar pada suhu 170 selama 40 minit..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 10:11 PM | Show all posts
Resepi - PARU GORENG BERLADA



Bahan-bahan:
500g paru - rebus ngan sedikit garam dan halia.
2 inci kunyit hidup
3 sudu makan ketumbar
3 ulas bawang putih
garam

Bahan Sambal:
5 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
2 tangkai lada@cili merah - cincang
1 inci belacan
sedikit air asam jawa
gula melaka @ gula putih
garam
minyak secukupnyer

Cara Membuatnya:
01.  Rebus paru hingga empuk. kemudian toskan. potong kecil2 & nipis. ketepikan.

02.  Tumbuk ketumbar,kunyit hidup, bawang putih dan juga garam.
masukkan ke dalam paru tadi. gaul rata. dan biarkan sebentar sekurang2nya 30min.

03.  Panaskan minyak, goreng paru hingga garing. angkat dan toskan.

Untuk memasak sambal paru:
01.  Blend @ tumbuk cili kering, bwg merah dan juga bwg putih.

02.  Panaskan minyak (bleh juga juga lebihan myk gorengan tadi), tumis bhn2 blend hingga pecah minyak/lada masak.

03.  Masukkan lada cincang tadi. *kepedasan bergantung anda.

04.  Masukkan juga belacan, air asam jawa, gula dan juga garam. tumis hingga agak kering.

05.  Masukkan paru dan goreng lagi hingga garing.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2017 10:13 PM | Show all posts
Resepi - Gulai ikan temenung





BAHAN-BAHAN GULAI IKAN TEMENUNG
Berikut adalah bahan-bahan untuk masak gulai ikan temenung simple. Antara bahan yang saya gunakan ialah:
3 ulas bawang putih – dihiris kasar.
Satu pekat rempah ikan – saya gunakan rempah Faiza.
3 ulas bawang merah kecil – dihiris kasar.
Satu sudu teh halba campur.
3 tangkai daun kari.
6 ekor ikan temenung segar.
Santan pekat.
2 biji tomato.
Garam dan gula secukup rasa.


Untuk resepi gulai ikan temenung simple ini, saya sediakan cara masak yang paling mudah untuk anda pelajari.
Bancuh rempah ikan bersama dengan sedikit air sehingga ia menjadi pes.
Kemudian, tumbuk 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan halba campur sehingga lumat.
Seterusnya, gaulkan bahan tumbuk tadi bersama rempah ikan sehingga sebati.
Panaskan minyak, masak dengan api yang sederhana supaya bahan tumisan tidak mudah hanggit.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
Kemudian masukkan rempah dan kacau sekata. Masak sehingga rempah pecah minyak. Kacau sentiasa supaya bahagian bawah tidak mudah hangit.
Seterusnya, masukkan santan dan asam keping.
Masukkan garam dan gula secukup rasa, tunggu sekejap dan masukkan ikan dan tomato.
Masak sehingga mendidih dan tutupkan api.
Gulai ikan temenung siap untuk dihidangkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 03:32 PM | Show all posts
Resepi - Ikan Siakap Selera Orang Kampung




Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
5 biji cili padi
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
½ biji nanas –dihiris
1 biji tomato –dipotong empat
½ inci halia
1 sudu besar sos tiram
1 helai daun limau purut
2 sudu besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara membuat:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan siakap sehingga garing.
2. Dalam kuali lain, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga keperang-perangan. Masukkan sos tiram dan sos cili.
3. Masukkan nanas, tomato, halia dan cili. Kacau rata sehingga masak. Taburkan garam dan gula secukup rasa.
4. Selepas siap dimasak, ramuan ini dituangkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
5. Sedia dihidangkan dengan nasi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2017 03:33 PM | Show all posts
Resepi Kek Oren




Bahan-bahan
1 bar butter
1 cawan gula castor/halus
4 biji telur
1 cawan susu segar
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanilla
2 sudu pati oren (jenama double lion)
sedikit parutan kulit oren (1 biji oren sunkist)

Cara membuatnya
pukul butter dan gula menggunakan mixer.
masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kaup   
menggunakan senduk kayu sahaja.(jgn gunakan mixer).
masukkan esen vanilla, pati oren dan parutan kulit oren dan kaup.
masukkan susu segar dan kaup lagi.
setelah adunan sebati, masukkan adunan ke dalam loyang yg telah disapu dengan butter.
bakar adunan dengan suhu 180c selama 40 minit.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 03:35 PM | Show all posts
Resepi Puding Kastad Marble




Bahan-Bahan

1 paket agar-agar serbuk 10g
2 cawan air
1 tin susu cair (400g)
2 biji telur A
1/2 sudu kecil esen vanila
Sedikit coklat paste/choc emulco
1 sudu besar tepung kastad
3/4 cawan gula

Cara-Cara

Masukkan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk. Biar hingga agar2 dan gula hancur
Sementara tu, bancuhkan susu cair, telur,esen vanila dan tepung kastad.Kacau sebati.Kemudian tapiskan bancuhan ini ke dalam periuk berisi agar tadi.
Kacau adunan menggunakan hand whisk hingga nampak pekat sedikit.
Bahagi adunan kepada 2 bahagian.1 bahagian dicampur dengan coklat paste/choc emulco.Dan 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
Marble ikut kreativiti masing2.Setelah itu sejukkan dalam peti sejuk.Apabila puding mengeras dan sejuk.Sedia untuk dinikmati

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2017 03:36 PM | Show all posts
Resepi - Onion Ring




RESIPI ONION RING
Bahan-Bahan Diperlukan:

2 biji bawang kuning (Holland) yang besar,
kopek kulit dan dihiris bulat tebal 1/2".
Pisahkan gelungnya satu persatu.
Penyediaan Adunan Tepung Salut (batter).
- 1 biji telur.
- 1 sudu kecil garam.*
- 1/4 sudu kecil serbuk cili.*
- 1/8 sudu kecil serbuk lada hitam.*
- 1/4 sudu kecil serbuk bawang (kalau ada).*
- 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih (kalau ada).*
- 1 sudu kecil baking powder.
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air..kalau pekat boleh tambah lagi.




Cara Penyediaan:

Masukkan ke dalam sebuah bekas. Bancuh dan pukul rata semua bahan di atas. Masukkkan tepung dan air sedikit demi sedikit dan bancuh dengan sekata (gunakan pemukul telur tangan). Bila dah siap..bungkuskan dengan bag plastik dan simpan di peti sejuk..sekurangnya 1 jam yang terbaik simpan semalaman.

Nota: air digunakan untuk bancuhan boleh digantikan dengan air soda / soda water tanpa pemanis dan rasa (dlm tin) untuk keputusan yg baik. Mamak Haji gun air biasa saja.





Cara Goreng:

1. Panasakan kuali masukkan minyak secukup, Minyak perlu panas (350F) sebelum mula goreng.
2. Sediakan tepung jagung dalm 1/2 cawan sebagai pengering bawang. Masukkan dlm tepung jagung gelang bawang, lepas itu masukkan dalam adunan tepung goreng. Hindarkan lelehan lebih dan masukkan dalam minyak panas.
3. Kepanasan minyak perlu kawal selalu supaya suhunya tidak naik. Kalau panas kecilkan api dapur. Gorengan ini memakan masa cuma 5 minit saja.Terbalikkan gorengan. Bila kedua bahagian bawang telah masak sempurna kelaurkan dan letak diatas kertas kitchen towel utk keringkan minyak berlebihan.
4. Gorengan perlu masukkan satu persatu gelung bawang dan jangan terlampau banyak masukkan. Goreng batch by batch (4-5 batch).
5. Hasil gorengan itu taburkan sedikit garam dan serbuk lada putih boleh lah nikmati dengan cili sos.
6. Kalau goreng guna serbuk roti atau bread crumb ..lepas celurkan dgn adunan tepung masukkan dalam serbuk roti. Jangan goreng terus biarkan serbuk roti menyerap air adunana tepung dan kering sekurang-kurangnya berada 30 minit di atas grill tray. Baru lah goreng yea..
7. Onion ring kena makan panas-panas. Guna serbuk roti boleh kekalkan lama sikit keranggupan. Kalau nak makan lambat, simpan dlm oven yg panas 200 Fdarjah atau 95 C supaya sentiasa ranggup.



Selamat mencuba.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2017 03:38 PM | Show all posts
Resepi  - Muffin Pisang




Bahan2

1 1/2 cawan tepong gandum
1 teaspoon baking soda
1 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon garam
270gm pisang-
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1/3 cawan minyak jagung

Cara menyediakan
1. Panaskan oven. CK punya oven jenis Industri, api atas bawah 180'c.. sementara itu aturkan muffin pan dengan kertas muffin atau paper liner.
2. Dalam mangkuk atau bekas yang besar, ayak tepong gandum bersama baking soda & baking powder. Masukkan garam & gula & gaul sebati.
3. masukkan pisang , telur & mentega cair ke dalam Food Prossesor, putar dalam 1 minit. Tuangkan bahan cecair ke dalam bahan tepung dan gaul sebati menggunakan senduk kayu. Jangan terlebih kacau asal bergaul rata sudah cukup.
4. Sudukan adunan ke dalam kertas muffin hingga paras 3/4 ketinggian kertas muffin. Atau jika mau muffin naik membumbung sudukan lebih sedikit adunan sehingga hampir penuh. Boleh hias dengan coklat cip jika suka
5. Bakar muffin antara 18 ~ 20 minit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2017 11:40 PM | Show all posts
Resepi Kek Batik

Bahan-Bahan:

1 pek biskut Marie
250g mentega/butter
200g serbuk Milo
3 sudu besar serbuk koko, ayak
3/4 tin susu pekat
Cara Penyediaan:

Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan.
Guna loyang berukuran 8"x8".
Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.
Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.
Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.
Sejukkan di dalam peti ais semalaman.
Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 10:24 AM | Show all posts
kymano replied at 3-11-2017 03:38 PM
Resepi  - Muffin Pisang

Biskut mazola



Bahan-Bahan

  • 4 cawan kacang tanah - goreng tanpa minyak dan kisar
  • 3 cawan gula halus
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung jagung
  • minyak mazola secukupnya - untuk menguli
  • kuning telur - untuk hiasan disapukan pada biskut sebelum dibakar
Cara Membuat Biskut Mazola


1. campurkan semua bahan kedalam bekas kecuali minyak mazola dan kuning telur. kemudian gaul hingga rata.

2. lepas tu masukkan minyak mazola sedikit demi sedikit kedalam adunan dan sambil terus menguli. uli adunan hingga rata.

3. apabila sudah rata bentuk bulat-bulatkan adunan atau sesuai bentuk kreativiti anda menjadi beberapa bahagian dan sapukan kuning telur diatas biskut yang sudah dibentuk bulat tadi.

4. akhir sekali, bakar biskut didalam oven bersuhu 170"C selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak. apabila sudah masak sejukkan sekejap dan hidangkan..

supaya biskut mazola ini boleh tahan lama simpan didalam bekas kedap udara dan apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda.. selamat mencuba!
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 10:28 AM | Show all posts
Puding karamel

Bahan-Bahan
  • 1 tin susu cair {400 ML}
  • 5 sudu besar gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 150 ML air
  • 4 biji telur
Bahan Karamel (Gula Hangus)
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Cara Membuat Puding Karamel

#1. masukkan 5 sudu gula dan 2 sudu air ke dalam kuali kemudian masak atas api kecil hingga keperangan. selepas tu tuangkan karamel tadi kedalam loyang yang sesuai. sejukkan sekejap.
kemudian masukkan telur dan kacau perlahan menggunakan whisker hingga sebati dan gula larut.

#2. sementara itu, campurkan susu dan esen vanilla dalam periuk kemudian masak menggunakan api sederhana. masak sekejap je hingga suam-suam kuku tak perlu sampai mendidih

#3. kemudian tapis dan tuang susu yang dimasak tadi kedalam adunan telur dan gula hangus. tuangkan sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan. tutup loyang guna alumunium foil.

#4. akhir sekali, pastikan air pada pengukus sudah mendidih kemudian kukus puding menggunakan api sederhana selama 30 minit atau hingga masak. tanda puding karamel sudah masak ialah dianya tak lembik. apabila sudah masak angka dan sejukkan dalam peti ais kemudian siap di hidangkan.



Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 10:31 AM | Show all posts
Puding milo lapis oreo


Bahan-Bahan

  • 1 bungkus agar-agar (10 gm)
  • 1 tin susu cair (400 gm)
  • 3/4 cawan serbuk milo
  • 1/2 cawan gula (boleh lebihkan bila suka manis)
  • 3 cawan air
  • 1 bungkus biskut oreo (137 gm) - patah-patahkan tapi biarkan sandwich 2 lapis

Cara Membuat Puding Milo Lapis Oreo

#1. campurkan air dan serbuk agar-agar kemudian masak hingga ianya larut, selepas itu masukkan gula bersama susu cair masak lagi hingga larut dan mendidih.

#2. asingkan 2 cawan ke dalam bekas atau periuk lain kemudian masukkan milo dan kacau hingga sebati.

#3. kemudian siapkan acuan dan tuangkan 1 cawan campuran milo. panaskan campuran milo yang separuh lagi dengan kecil supaya ioanya tidak membeku.

#4. apabila permukaan milo sudah mula mengeras sedia tuangkan kedalam adunan putih tadi. taburkan biskut oreo, apabila adunan putih mula mengeras kemudian tuangkan baki adunan milo tadi. selepas tu rehatkan hingga ianya sejuk sebelum di masukkan kedalam peti ais.

Tips Membuat Lapisan

sebaiknya adunan tersebut masih panas ketika menuang ke dalam lapisan sebelumnya supaya ianya melekat dengan baik sebab apabila sudah membeku sepenuhnya lapisan tersebut tidak boleh melekat sempurna.



Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 10:34 AM | Show all posts
agar-agar sirap laici


Bahan-Bahan
  • 20g agar agar
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 tin laici (asingkan air dan buahnya)
  • beberapa titik pewarna merah (saya guna sirap ros)
  • 2 helai daun pandan
Cara Membuat Agar-Agar Sirap Laici


#1. masak agar agar bersama air dan daun pandan hingga larut dan mendidih kemudian masukkan gula. selepas itu masukkan 1 cawan air buah laici tadi.

#2. sementara itu, masukkan buah laici kedalam beberapa bekas atau acuan kecil, boleh juga guna acuan yang besar ikut suka anda.

#3. apabila agar-agar sudah mendidih keluarkan daun pandan dan tuangkan kedalam acuan dan biarkan hingga sejuk. kemudian pindahkan kedalam peti sejuk hingga ianya keras, sedia untuk dipotong dan dihidangkan.

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2017 10:36 AM | Show all posts
pau kukus

Bahan-Bahan

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 cawan air @
  • 2 sudu makan susu pekat manis @
  • 1 biji telur @
  • 1/2 cawan minyak masak @
  • 11 gm yis @
  • 1 sudu makan gula @
  • sedikit garam @
  • Inti pilihan anda (boleh guna inti kelapa atau sardin kentang)

Cara Membuat Pau Kukus

1. ayak tepung gandum dan baking powder pada mangkuk besar. sementara itu campurkan semua bahan yang bertanda (@) dan kacau hingga semua bahan larut.

2. masukkan tepung gandum yang sudah di ayak tadi sedikit demi sedikit sabil terus kacau, kacau hingga menjadi adunan lembut doh yang lembut dan tidak melekat di tangan kemudian biarkan selama 5 minit.

3. ambil sedikit adunan, kemudian leperkan dan masukkan inti kedalam adunan tersebut. kemaskan dan alaskan dengan kertas minyak yang di potong kecil, selepas itu susun dalam loyang dengan jarak sedikit.

4. panaskan air pada pengukus terlebih dahulu dan bila sudah mendidih kukus pau selama lebih kurang 10 minit. ingat! balut penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis pada pau.

5. akhir sekali, angkat dan sejukkan sekejap, siap untuk dihidangkan...




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2017 04:04 PM | Show all posts
Resepi Mee Goreng Ayam

BAHAN-BAHAN

500 gram mi kuning, cuci dan toskan
1 keping dada ayam tanpa tulang, dipotong kiub, cuci dan toskan
5 pelepah sawi putih, cuci, toskan dan potong berasingan
4 camca besar penuh sambal tumis
2 camca besar sos cili
2 biji telur, dipukul sedikit
2 genggam taugeh, cuci dan toskan
5 biji tomato ceri, potong kiub
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar kicap pekat
Sos ikan secukup rasa
1/2 cawan air
Hirisan timun sebagai ulam
Hirisan daun bawang sebagai hiasan
Hirisan cili merah sebagai hiasan
Telur mata kerbau, sebagai hiasan
Belahan limau kasturi

CARA-CARA

Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan cili sos,
Kacau rata dan masukkan ayam, kacau lagi dan masak sekejap. Tambah air.
Masukkan batang sawi dan gaul rata. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan biar telur sedikit mengeras. Kacau hingga hancur.
Tambah kicap pekat dan gaul rata. Masukkan mi, sederhanakan api dan gaul mi tadi hingga mesra.
Tambah sos ikan secukup rasa, masukkan daun sawi, tomato dan taugeh. Gaul sekejap hingga sayur2 tadi sedikit layu.
Rasa dan jika ok matikan api. Tabur hirisan daun bawang, cili merah dan hidangkan bersama hirisan timun,
belahan limau kasturi dan telur mata kerbau, jika suka.

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2017 04:08 PM | Show all posts
RESEPI KARIPAP

Bahan-bahan

1 kg tepung gandum
1 cawan minyak masak
2 sudu marjerin
350 ml air
2 sudu air rendaman kapur makan

Cara Buat Kulit Karipap Yang Rangup

1) Mula-mula cairkan marjerin bersama minyak masak dan ketepikan.
2) Bila dah sejuk sedikit, tuangkan ke dalam tepung gandum.
3) Gaul tepung sehingga sebati.
4) Selepas itu tambahkan air dan uli doh sehingga tidak melekat pada tangan.
5) Doh yang telah siap diuli perlu disimpan selama 3 atau 4 jam dalam bekas kedap udara ataupun plastik. Tujuannya adalah untuk mendapatkan doh yang lembut dan berminyak.
6) Akhir sekali, canai doh dan masukkan inti. Kelim doh dengan kemas, agar tidak terbuka semasa menggoreng. Kalau tak pandai kelim, boleh sahaja gunakan acuan karipap untuk memotong.

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2017 04:12 PM | Show all posts
Resepi Teh Tarik Sedap

Bahan-Bahan

susu pekat dan susu cair
serbuk teh
air secukupnya
secubit garam
periuk
Cara Penyediaan

1. mula-mula masukan air kedalam periuk bersama teh dan susu kemudian masak hingga menididih atau air menjadi pekat dan wangi teh mulai naik.

2. rasakan air teh dan sesuaikan manisnya kemudian masukan secubit garam, selepas tu padamkan api dan tuangkan teh tarik kedalam cawan sebelum dihidangkan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2017 04:15 PM | Show all posts
Resepi Bubur Kacang Hijau

Bahan-Bahan

2 - 3 cawan kacang hijau - cuci dan rendam semalaman
1 ketul gula melaka - potong kecil @
1 cawan air @
1/3 cawan gula pasir [tanda @ dimasak hingga gula tapis dan larut]
1/4 camca teh garam
1 liter santan
1 helai daun pandan - disimpul
gula pasir - opsyenal
roti atau biskut krim kraker - opsyenal
air bila perlu

Cara Memasak Bubur Kacang Hijau

1. mula-mula rebus kacang hijau hingga kembang kemudian masukan air gula merah dan sedikit air bila perlu. kacau hingga masak dan bila sudah mendidih masukan daun pandan.

2. masukan 1/4 teh garam bersama santan, kacau dan masak lagi hingga mendidih gunakan api sederhana dan kacau selalu.

3. bila kurang manis boleh tambahkan gula sesuaikan dengan selera masing-masing dan matikan api bila sudah masak.

4. akhir sekali, hidangkan bersama roti atau biskut krim kraker bila anda suka.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.203360 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list