CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: masarju

[Makanan & Minuman] ★MENU/MAKANAN ANDA & RESIPINYA★

[Copy link]
Post time 12-11-2017 04:21 PM | Show all posts
Resepi Roti Jala

Bahan-Bahan

3 cawan tepung gandum
3 cawan air/ susu/ santan (saya gunakan air dicampur santan)
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 biji telur
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning

Cara Penyediaan

1. satukan semua bahan diatas dan kacau rata kemudian masukan ke dalam mesin blender dan kisar halus sehingga sebati.

2. masukan sedikit minyak dalam kuali kemudian kiari adunan roti jala tadi dengan menggunakan acuan ke dalam kuali yang dah panas. selepas tu bentuk seperti jala.

3. kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum cuba masukan sesenduk ke dalam acuan. kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh dijala menggunakan kuali non stick.

4. bila jala masih pekat tambahkan air lagi sehingga boleh dijala. kemudian lepas jala di atas kuali dan biarkan sekejap dan bila dah masak tak susah dibalik terus diangkat dan di gulung.

5. ulangi semua langkah-langkah di atas sehingga adunan habis dan bila dah siap boleh hidangkan dengan kari ayam atau kari daging.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2017 05:15 PM | Show all posts
Resepi Laksa Johor ;Penyediaan Kuah ;
menggunakan ikan parang. Ia bertujuan untuk mengekalkan originaliti laksa Johor. Tapi anda juga boleh gantikan dengan ikan kembung atau ikan selayang.





*1 kg ikan parang ~ beli 1 ekor ambil bahagian kepala, ekor dan 1 keping bahagian badan
Mula-mula kita sediakan stock ikan  ;
Ikan parang di cuci bersih, kemudian di rebus hingga empuk
Asingkan ikan dan air rebusan
Kemudian asingkan isi ikan dari tulangnya
Ambil tulang ikan, kepala dan ekor masukkan dalam blender.
Tambahkan air rebusan ikan tadi dan kisar hingga halus
Kemudian di tapis
Buangkan hampasnya
Stock ikan dan isi ikan di ketepikan

*Bila dah siapkan stock ikan kita sediakan pula stock udang
250 gm udang basah


Udang di bersihkan dan di asingkan isi dan kulit serta kepalanya
Kulit dan kepala udang kemudian di rebus dengan sedikit air
Kemudian kulit dan kepala tadi campurkan air rebusan dan di kisar halus
Kemudian tapis untuk dapatkan stock udang
Isi udang pula di kisar halus.
Ketepikan


*4 sudu besar udang kering ~ di rendam hingga lembut
Kemudian di kisar halus
1 keping isi ikan kurau masin sederhana besar ~ di rendam hingga lembut
Kemudian di kisar halus
Ketepikan

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc lengkuas
1 inc halia
15 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut
*Kesemua bahan di atas di kisar halus



2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar ketumbar
Kedua-dua bahan ini di sangai atau goreng tanpa minyak hingga harum
Kemudian di tumbuk halus




Lain-lain bahan yang di perlukan
2 sudu besar  rempah kari daging ~ ada juga yang menggunakan rempah kari ikan terpulang pada citarasa
2 sudu besar kerisik
3 keping asam keping
1 biji santan pekat ~ atau 1/2 kotak santan KARA
1 ikat daun kesum
1 ikat daun selasih
1 kuntum bunga kantan ~ belah 2
1 batang serai ~ di titik
1 buku gula Melaka ~ sederhana besar
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis



Sekarang semua bahan dah pun tersedia, jom kita mula memasak ;


SPAGHETTI
1 peket spaghetti
sedikit garam
sedikit minyak masak
air secukupnya untuk merebus
Panaskan air hingga mendidih
Kemudian masukkan spaghetti
Masak hingga spaghetti kembang, lembut dan empuk.
Ambil sedikit spaghetti dan rasa jika tiada lagi rasa keras bermakna ia dah empuk.
masukkan garam dan minyak
kacau rata
Kemudian toskan airnya
Spaghetti kemudian di gulung bulat, atau di lingkar memanjang 1 jengkal atau juga di simpul. Terpulang cara masing-masing.
Susun spaghetti atas kain muslin supaya bentuknya kekal.


SAMBAL BELACAN
10 ~ 15 tangkai cili padi
2 batang lada merah
1 ulas bawang putih
1 keping belacan bakar ~ anggaran besar 50 sen
garam dan gula secukup rasa
Kisar atau tumbuk semua bahan hingga halus
Perahkan jus limau kasturi




Selain itu, laksa Johor juga di makan bersama ulam-ulaman

Timun ~ buang empulur tengah dan hiris halus bulat
Bawang besar ~ hiris halus bulat
Taugeh
Kacang panjang ~ hiris halus
Daun kesum ~ mayang halus
Daun selasih ~ mayang halus
Bunga kantan ~ mayang halus
Limau kasturi
Lobak Asin ~ potong dadu kecil atai racik halus




credit thks to ; https://norazlitaaziz.blogspot.my/



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 03:58 AM | Show all posts
Kerabu Pucuk Gajus ;



1 cekak pucuk gajus ~ cuci bersih
1/2 biji nenas ~ di racik halus
3 ulas bawang merah
3 biji cili merah ~
sedikit belacan bakar ~
Cili padi, cili merah, bawang dan belacan di tumbuk halus
Nenas di racik halus
Pucuk gajus di mayang halus
satukan semua bahan dan gaul rata
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Sedia di hidangkan bersama nasi hangat

credit thks to ; https://norazlitaaziz.blogspot.my/
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 04:05 AM | Show all posts
Ikan Terubuk Bakar + sambal air asam ;

   

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan terubuk, saiz sederhana
3/4 inci kunyit hidup*
1 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
Garam secukup rasa

BAHAN AIR ASAM HARUM RAMPAI :-)
3 biji cili merah*
6 biji cili padi (mat letak 10 biji)*
Sedikit belacan dibakar (mat guna 1/2 inci)*(*ditumbuk atau dikisar halus)
1 biji bawang besar hiris halus
2 biji tomato saiz sederhana, didadu
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
4 tangkai daun kesom, dihiris halus
250 gram asam jawa + 6 camca besar air, ramas dan tapis jusnya
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar "budu" (yang ni mat tambah sendiri)

CARA MEMBUATNYA :-)
  • UNTUK IKAN TERUBUK BAKAR :- Ikan disiang, buang sedikit ekornya, gunting sirip dan insangnya. Cuci bersih terutama bahagian perut ikan. Cuci hingga perut ikan bersih dari kesan2 hitam. Berhati dengan tulangnya. Kemudian perap dengan sedikit garam dan limau kasturi selama 10 minit, cuci kembali hingga bersih dan ketepikan.
  • Lumur ikan tadi dengan bahan tumbuk lumat, terutama bahagian dalam perutnya, dan perasankan dengan sedikit garam. Biar sekejap ikan tadi. Panaskan non-stick pan, letakkan ikan tadi dan kecilkan api. Tutup pan dan biar 10 - 15 minit, kemudian terbalikkan dan sambung membakar lagi untuk 10 - 15 minit. Bakar ikan hingga masak, bila isinya bertukar keputihan. Hidangkan bersama ulam2 dan sambal air asam harum rampai.
  • UNTUK AIR ASAM HARUM RAMPAI :- Satukan semua bahan kecuali garam, gula dan jus limau kasturi, dalam satu bekas, jika pekat boleh tambah sedikit air. Kacau rata dan tambah garam secukup rasa dan juga gula. Jika menggunakan "budu", garam harus dikurangkan sedikit kerana budu tadi sudah sediakala masin. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata, rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama ikan terubuk bakar....melelehhh okehh!!.

*credit thks to ; http://www.tiffinbiru.com/


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2017 04:16 AM | Show all posts
Edited by riy at 18-11-2017 04:18 AM

Masak Lemak Cili APi Pisang Muda ;

  


BAHAN-BAHAN

Sesikat pisang muda

1 biji kelapa parut

segenggam kecil ikan bilis

1 inci kunyit hidup

10-15 biji cili padi
(ikut suka)

3 batang serai

1 keping asam gelugur

garam secukup rasa


CARA MEMASAK

1. Siang,celur dan toskan pisang.

2. Tumbuk kunyit hidup dan cili api sehingga benar-benar lumat.

3.Perah kelapa parut dan ambil santan yang pekat saja. ( 1 mangkuk)

4.Satukan santan, ikan bilis, serai yang telah di titik dan bahan yang ditumbuk. Didihkan di atas api sambil kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.

5. Apabila mula mendidih masukkan pisang yang telah di celur sebentar tadi dan juga garam secukup rasa.
Masak hingga kuah agak pekat dan angkat.

# Masak lemak pisang muda lebih enak jika di masak pekat-pekat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2017 01:22 AM | Show all posts


Resepi Nasi Goreng Hailam

Bahan-Bahan yang perlu disediakan :-

Nasi Goreng :

Nasi putih
2 ulas bawang putih (dicincang)
Kicap secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Kuah Hailam :

1/2 kiub ayam
5-6 ekor udang
2 cawan air
1 sd besar tepung jagung (larutkan dengan sedikit air)
2 sd besar sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sayur-sayuran (kobis, kobis bunga, cendawan butang, tofu dll)


Cara-cara untuk memasaknya ialah:-

NASI GORENG :

1. Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan nasi dan goreng rata.

2. Masukkan kicap dan garam secukup rasa. Goreng sehingga kicap sebati dengan nasi.

3. Ketepikan/ boleh letakkan terus di atas pinggan.

KUAH HAILAM :

1. Masukkan air ke dalam kuali. Masukkan kiub ayam. Biarkan air mendidih.

2. Masukkan udang, serbuk lada hitam, sos tiram.

3. Bila udang agak masak, masukkan sayuran dan rasakan garam.

4. Bila sayuran dah start mendidih, masukkan tepung jagung.

5. Kacau rata sehingga kuah menjadi likat.

6. Kemudian boleh diangkat dan tuang ke dalam pinggan nasi tadi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:23 AM | Show all posts


NASI GORENG CILI KERING

Bahan-Bahan:
1. Nasi sukatan 1 cup setengah dah siap masak
2. Bwg besor tumbuk
3. Bwg putih 3 ulas tumbuk
4. Belacan sikit
5. Ikan bilis tumbuk
6. Cili kering 5, 6 helai rebus tumbuk
7. Telur 2 biji. Tak nak letak pun tak ap
8. Garam secubit

Cara-Cara:
1. Dah tumbuk semua bahan2 tadi, panaskan kuali, letak minyak.
2. Dah panas minyak, tumis bahan2 tumbuk tadi sampai garing dan naik bau
3. Pecahkan telur, selepas itu masukkan nasi.
4. Siap dan boleh dimakan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2017 01:24 AM | Show all posts


RESEPI NASI GORENG AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-bahan nasi goreng:
1 mangkuk nasi putih
6 tangkai cili kering-dikisar
1 biji bawang merah-dikisar
1/2 inci belacan-dikisar
2 sudu kicap
5 biji cili api-diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan ayam goreng kunyit:
200g isi ayam-dipotong dadu
2 batang kacang panjang
1 biji bawang besar-dihiris
1 biji cili besar-dihiris
2 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara nasi goreng:
Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan nasi putih dan kicap. Kacau rata.
Masukkan cili padi. Kacau.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Angkat.

Cara-cara ayam goreng kunyit:
Gaul isi ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
Goreng isi ayam hingga sedikit garing.
Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili besar. Gaul dan masak hingga kacang panjang lembut.
Angkat dan hidangkan dengan nasi goreng tadi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:24 AM | Show all posts


NASI GORENG CINA

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih
1 - 2 sudu besar mentega
Minyak masak
Minyak bijan
3 - 4 ulas bawang putih - tumbuk
4 ulas bawang merah - hiris
Isi ayam - potong kecil
Udang secukupnya
1 sudu besar lada sulah - tumbuk
2 biji telur

Bahan Sayuran:
Lobak - potong dadu
Cili padi - hiris
Sayur kubis - hiris panjang
Daun bawang - hiris halus

Cara cara:
Masukkan mentega ke dalam nasi dan kacau sehingga bergaul rata.

Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis bawang putih, diikuti dengan bawang merah. Kemudian masukkan ayam dan karot. Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang dari terus masak.

Masukkan pula udang, cili padi dan lada sulah. Ketepikan semua bahan, tuangkan telur dan kacau rata sehingga telur betul betul masak. Jika nampak kering boleh tambah minyak.

Masukkan garam dan gula. Kemudian masukkan nasi yang telah digaul dengan mentega tadi. Kacau rata lagi.

Akhir sekali, masukkan sayur kubis dan daun bawang. Kacau rata dan biarkan sayur agak lembut, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:25 AM | Show all posts


NASI GORENG KAMPUNG

Bahan:
4 cawan nasi sejuk, dileraikan
1/2 cekak kangkung, siang dan cuci bersih, toskan
5 tangkai kacang panjang, potong kecil
1 keping dada ayam. hiris kecil, cuci dan toskan
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar, hiris

Bahan Tumbuk Halus:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah Thai
1 camca besar ikan bilis, cuci dan rendam sekejap
Secubit belacan

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan isi ayam dan kacau rata. Masak hingga isi ayam berubah warna. Masukkan kacang panjang dan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali. Tuang telur, masak sekejap dan kacau hingga menjadi telur hancur. Gaul rata.
Tambah garam secukup rasa dan masukkan nasi, Gaul rata dan masukkan kangkung. Gaul lagi dan masak hingga kangkung layu seidikit. Rasa dan jika ok boleh sajikan bersama telur mata kerbau atau ulam petai.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:25 AM | Show all posts


NASI GORENG BELACAN

2 mangkuk nasi sejuk ~ di peroikan
1 biji telur
1 sudu besar kicap cair
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar

1 labu bawang besar ~ guna bawang kecik dalam 5 ulas
5 biji cili padi
5 tangkai cili merah
2 sudu besar udang kering ~ di rendam dahulu bagi lembut
3 cm belacan

Bahan dah pun tersedia.. apa lagi yok kita mula memasak

Kicap cair tu dah masin tau! jadi hati-hati di dalam penggunaan garam
tak letak garam, letak maggi cukup rasa sikit dan masukkan juga sikit gula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:26 AM | Show all posts


Nasi Goreng Pattaya

Bahan-Bahan:

Sepinggan nasi putih sejuk
1 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
1 mangkuk kecil isi ayam
3 sudu besar sayur campur
3 tangkai cili padi diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 biji telur ayam
Garam & kiub ayam secukup rasa

Cara Membuat:

1.Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.

3.Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.

4.Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.

6.Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.

8.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Proses Membungkus Nasi dengan Telur:

1.Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.

2.Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.

3.Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.

4.Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.

5.Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.

6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.

7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:26 AM | Show all posts


NASI GORENG PAPRIK

Bahan Nasi Goreng – (3 orang makan)
3 mangkuk nasi
2 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 seduk kecil cili kering blender
1 sudu besar paste tomyam
isi ayam (ikut selera)
sayur kubis (ikut selera)
2 sudu besar minyak masak
garam gula secukup rasa

Bahan Paprik Campur –
Sedikit udang, sotong, hirisan isi ayam
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
sayur-sayuran (contoh kubis bunga, carrot, kacang panjang)
garam dan gula secukup rasa
4 biji cili padi (diketuk)

Cara Memasak:

Nasi Goreng –
1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukan cili blender dan sedikit air biar dia mendidih dan kering skit.
2. Masukkan ayam dan paste tomyam, kalau kering masukan sedikit air, kacau dan biarkan sehingga ayam masak.
3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga bahan-bahan tadi sedikit kering, barulah dimasukkan nasi.
4. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan kubis dan gaul lagi hingga sekata. Goreng sehingga masak.

Paprik campur –
1. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan cili giling dan tumis sampai garing.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sedikit air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan udang, ayam dan sotong. Gaul sehinngga masak jika perlu tambahkan sikit air.
4. Bila semua bahan sudah empuk, boleh masukkan cili padi, daun limau purut dan sayur-sayuran.
5. Gaul hingga masak kemudian boleh tutup api. Hindangkan bersama nasi goreng tadi dan telur dadar goreng.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:27 AM | Show all posts


NASI GORENG IKAN MASIN

Bahan-Bahan:
4 – 5 cawan nasi sejuk, dileraikan
Sebesar 2 ibu jari orang dewasa, isi ikan tenggiri masin, dipotong kecil
1 camca besar sos tiram
2 sudu makan cili kisar
2 biji telur, dipukul sedikit
2 pokok sawi bok choy, siang berasingan batang dan daunnya, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Sedikit isi ikan masin tenggiri jeruk yang telah digoreng, hiris kecil, untuk hiasan

Cara Memasak:
1.Panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
2.Tambah sos tiram dan isi ikan masin tenggiri, kacau rata dan masak sekejap. Guna api sederhana dan kacau selalu.
3.Masukkan batang sawi, masak sekejap dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, biar telur kental dan kacau hingga hancur.
4.Gaul rata dan masukkan nasi. Besarkan api dan kacau hingga rata. Tambah daun sawi, kacau lagi dan masak sekejap. Hidangkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:27 AM | Show all posts


NASI GORENG BIASA

Bahan-Bahannya:
1 mangkuk nasi sejuk
2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inci
Sedikit kobis - di bersihkan dan dipotong nipis
2 biji telur
2 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan kicap lemak masin
Sedikit garam dan serbuk perasa

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 sudu makan ikan bilis

Cara-caranya:

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.
Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu.
Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.
Masukkan kicap. Gaul rata.
Ketepikan nasi ke satu sisi kuali. Pecahkan telur di satu sisi kuali yg tiada nasi. Kacau telur hingga hancur dan telur jadi scramble.
Gaul telur dengan nasi goreng hingga rata.
Perlahankan api dan gaul nasi sekali sekala untuk 5 minit lagi.
Tutup api dan hidangkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2017 01:27 AM | Show all posts


Nasi Goreng Thai

Bahan-bahan

* 2 mangkuk nasi (4 cwn nasi sejuk)
* 2 biji telor
* 1/2 labu bawang besar - dipotong dadu
* 2 sudu kecil pes tomyam/1 kiub pati tomyam
* 1/4 cawan sayur campur/lobak & kacang dihiris halus
* 2 sudu besar cili kisar
* 8 tangkai cili padi - tumbuk
* 2 helai daun limau purut - hiris halus
* 2 sudu besar kicap manis
* 1 batang serai - dihiris halus
* 1 sudu kecil lengkuas yang dicincang
* 10 ekor udang basah(terpulang nak letak berapa..)
* Hirisan isi ayam
* Minyak masak

Cara Memasak

1. Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana. Pecahkan telor dan goreng seperti telor hancur hingga masak.
2. Masukkan bawang, serai, lengkuas, cili padi dan cili kisar. Goreng hingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan kacau. Masukkan pula udang dan pes tomyam.
4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.
5. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan letak garam.
6. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:28 AM | Show all posts


NASI GORENG MAMAK STYLE

Resepi : Nina Mirza
Bahan-bahan
4 cawan Nasi putih
1 biji bawang besar – hiris halus
4 ulas bawang putih – ketuk dan hiris halus
2 sudu besar cili sambal yang sedia siap dimasak – suka pedas letak lah lebih
3 sudu besar sos tiram – **Nina tambah sebab Nina tak letak garam
3 paket serbuk rencah Maggi kari
2 biji tomato – dibelah empat
2 keping tauhu – digoreng dahulu dan kemudian dihiris nipis
2 batang sayur sawi dan kobis – dipotong anggaran 2 ½ inch
2 biji telur
2 fish cake – dihiris nipis **Nina tambah
1 cawan isi ayam – dipotong dadu ** Nina tambah
Minyak untuk menumis
Untuk hiasan
-. Hirisan timun
-. Limau kasturi dibelah dua
-. Bawang goreng **Nina tak letak

Cara penyediannya
1-. Panaskan kuali dan masukan minyak untuk menumis
2-. Tumis bawang besar, bawang putih hingga berbau wangi
3-. Kemudian masukkan – sambal cili ready made, sos tiram, serbuk kari maggi, tauhu, fish cake dan isi ayam. Gaul sebati hingga masak.
4-. Selepas itu, masukkan nasi putih, kobis dan sawi, gaul rata beberapa minit hingga nasi dan sayuran masak sebati bersama rencah tadi.
5-. Ketepikan semua di keliling kuali yang sama dan pecahkan telur kat ruang di tengah-tengah kuali. Biarkan seketika dan kacau rata kesemuanya.
6-. Masukkan tomato. Kacau rata hingga masak.
7-. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama bahan hiasan – hirisan timun, tomato, limau kasturi dan bawang goreng.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:28 AM | Show all posts


Nasi Goreng Sardin

Bahan2 :
1 mangkuk besar nasi
1 labu bawang besar dimayang
1 senduk cili kisar (boleh juga gantikan dgn cili merah + cili api yang ditumbuk)
Sayur (saya gunakan kacang panjang & karot)
1 tin kecil sardin (buangkan tulangnya serta kuahnya dan ambil isinya sahaja, dihancurkan)
2 biji telur
Sedikit kicap lemak manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara masak :
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu, masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan isi ikan sardin & sayur. Kacau rata sekejap. Tolakkan kedua bahan ini ke bahagian tepi kuali. Pecahkan telur pada bahagian tengah kuali. Bila telur mulai masak, masukkan nasi, sedikit garam dan kicap.
3. Kacau rata dengan cepat hingga sebati semuanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 01:29 AM | Show all posts


Nasi Goreng Tom Yam

Bahan-Bahan:

Bahan untuk nasi goreng:

• 3 cawan nasi, yang sudah disejukkan
• 1 biji telur
• 2-3 sudu besar pes Tom Yam (Che Nom guna pes Tom Yam Kung)
• 7-10 ekor udang, buang kulit dan bersihkan
• 2 ekor sotong, buang selaput kulit dan potong bulat
• 2 batang serai, hiris nipis
• 3 helai daun limau purut, carik-carikkan
• 2 sudu besar sos sotong atau sos ikan
• sayur kobis, potong kecil
• karot, potong dadu kecil
• 2-3 helai sawi, hiris nipis
.
Bahan untuk tumbuk kasar:
.
• 4 ulas bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 6 biji cili padi
.
Bahan untuk hiasan tambahan:
.
• keropok goreng
• telur goreng mata
.
Cara Penyediaan:
.
Cara-cara untuk nasi goreng tom yam: .
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan wangi.
2. Masukkan udang dan sotong, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika. Masukan pula pes tom yam, serai, daun limau purut, karot dan batang sawi (jika guna), kacau seketika di atas api perlahan.
3. Masukkan nasi, kacau sehingga sekata. Tuangkan sos ikan atau sos sotong, teruskan kacau sehingga nasi kering sebati. Kemudian masukkan kobis dan daun sawi. Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
4. Hidangkan bersama keropok goreng dan telur goreng mata.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Gambar & Video


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.503429 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list