CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Pulau Pinang] Keluar lesen jika rakan kongsi setuju

[Copy link]
Post time 10-10-2023 11:32 AM | Show all posts |Read mode

Lesen perniagaan hanya dikeluarkan kepada warga asing bagi perniagaan milikan tunggal dan perkongsian serta syarikat sendirian berhad yang memiliki lebih 50 peratus pegangan milikan.

Georgetown: Lesen perniagaan hanya dikeluarkan kepada warga asing bagi perniagaan milikan tunggal dan perkongsian serta syarikat sendirian berhad yang memiliki lebih 50 peratus pegangan milikan.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Ir A Rajendran berkata, lesen yang dikeluarkan itu juga adalah dengan persetujuan rakan kongsi lain.

Katanya, bagi kes lesen perniagaan yang dikeluarkan ke atas nama warga asing, wang pendahuluan sebanyak RM2,000 akan dikenakan ke atas individu terbabit.

"Setiap permohonan lesen akan dirujuk kepada Jabatan Teknikal sebelum dibentang dalam mesyuarat MBPP dan antara dokumen yang mesti dikemuka setiap pemohon lesen adalah dokumen sah SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

"MBPP juga tidak membenarkan amalan 'ali baba' lesen perniagaan dan tindakan pembatalan lesen akan diambil sekiranya terdapat bukti sah amalan 'ali baba' terbabit," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Mengulas lanjut, Rajendran berkata, setiap pengusaha perniagaan juga perlu memohon sendiri bagi mendapatkan lesen perniagaan yang sah.

Katanya, lesen perniagaan yang dikeluarkan kepada isteri yang berkahwin dengan warga asing pula sah mengikut Undang-Undang Majlis, dengan syarat dokumen sah SSM dikemukakan semasa permohonan.

"Pelesen perlu berada di premis perniagaan itu dan tindakan penguatkuasaan akan dikenakan sekiranya mereka melanggar syarat yang ditetapkan.

"Jabatan Pelesenan MBPP akan melakukan pemeriksaan rutin dan bertindak atas aduan awam, selain operasi berkala dengan jabatan atau agensi berkaitan bagi memantau warga asing," katanya.

Menurut Rajendran, statistik MBPP merekodkan sebanyak tujuh aduan berkaitan perniagaan warga asing diterima pada 2022 dan tiga lagi sepanjang tahun ini.

Katanya, operasi terkini di Jalan Rumbia diadakan pada 30 Ogos, 8 dan 11 September lalu, memeriksa aspek kebersihan, status lesen dan tindakan khidmat nasihat supaya pengusaha perniagaan mematuhi syarat MBPP.

"Tindakan pengeluaran notis, kompaun atau penutupan premis akan dikeluarkan kepada pengusaha yang melanggar pelbagai kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil dan Peraturan-Peraturan Majlis," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rakan-kongsi-setuju

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.061363 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list