CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 0

[Kedah] Subsidi berterusan stabil harga ayam, telur

[Copy link]
Post time 10-10-2023 11:51 AM | Show all posts |Read mode

PENINGKATAN kos operasi menyebabkan penternak ayam terpaksa bergantung kepada subsidi kerajaan.

ALOR SETAR – Penternak ayam dan pengeluar telur di negeri ini menaruh harapan tinggi agar kerajaan meneruskan pemberian subsidi untuk menstabilkan bekalan serta harga bahan mentah itu di pasaran.

Setiausaha Persatuan Penternak Ayam Kedah, P. Ravintharan berkata, penghapusan sebarang bentuk subsidi berkemungkinan akan mengakibatkan krisis bekalan bahan mentah itu apabila penternak bertindak mengurangkan pengeluaran ekoran kos operasi semakin tinggi.

“Jika kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan subsidi sekarang, ia akan menjejaskan keselamatan bekalan ayam negara untuk jangka panjang.

“Kita berkemungkinan akan menghadapi satu lagi pusingan krisis kekurangan bekalan ayam dan telur jika penternak memutuskan untuk menghentikan atau mengurangkan bekalan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mengulas lanjut, Ravintharan memberitahu, penghapusan subsidi itu juga akan memberi kesan serta-merta kepada pengeluaran ayam dan telur tempatan.

“Kos setiap ekor ayam untuk penternak berskala kecil dan sederhana meningkat secara berterusan sejak wabak pandemik Covid-19 tiga tahun lalu.

“Sebelum wabak, bagi makanan ayam seberat 50 kilogram (kg) dijual pada harga RM85 tetapi harganya melonjak kepada RM135 sekampit sejak wabak itu,” ujarnya.

Jelasnya, terdapat hanya pengurangan satu hingga dua ringgit sejak kebelakangan ini, namun ia masih 50 dan 60 peratus lebih tinggi berbanding sebelum pandemik.

Sementara itu, seorang penternak yang juga Pengarah Urusan Bismi Empire Sdn. Bhd. (Ayam Bismi), Mazlina Kamarudin berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat meneruskan pemberian subsidi itu.

“Kos makanan ternakan dan anak ayam masih tinggi sepanjang masa. Adalah munasabah bagi kerajaan untuk mempertimbangkan langkah-langkah intervensi dengan memberi tumpuan kepada subsidi untuk pengeluaran pasaran runcit.

“Kami akan menjadi pihak yang rugi jika kerajaan memutuskan untuk menarik balik subsidi sekarang terutamanya dengan kemasukan ayam import,” kata Mazlina.

Media baru-baru ini melaporkan Jemaah Menteri akan membuat keputusan berkaitan subsidi ayam dan telur dalam masa terdekat.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... l-harga-ayam-telur/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.056292 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list