CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2381|Reply: 0

[Selangor] Lelaki cedera jatuh tiga meter dari kren ketika pasang solar

  [Copy link]
Post time 10-10-2023 01:41 PM | Show all posts |Read mode

PIHAK bomba membantu membawa turun tiga mangsa yang tersangkut apabila kren digunakan mereka untuk memasang solar di Taman Subang Height, Subang, hari ini, mengalami kerosakan. FOTO Ihsan Bomba

Subang: Seorang lelaki cedera di bahagian kaki selepas terjatuh pada ketinggian kira-kira tiga meter dari kren yang digunakan untuk kerja pemasangan solar di sebuah rumah di Taman Subang Height, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.05 pagi tadi.

"Seramai sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang dan BBP Petaling Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dimaklumkan mengenai kemalangan kemalangan di sebuah rumah apabila kren digunakan untuk memasang solar terbabit mengalami kerosakan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, kejadian itu menyebabkan empat mangsa terkandas dengan seorang daripada mereka terjatuh dari kren berkenaan menyebabkannya cedera di bahagian kaki.

"Tiga lagi mangsa masih pula masih tersangkut di atas tempat pemasangan solar berkenaan yang terletak pada ketinggian kira-kira tiga meter.

"Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa lelaki terbabit berjaya dibawa turun menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) jam 11.05 pagi tadi," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ketika-pasang-solar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.070474 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list