CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2253|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang kekal sebagai negeri urus kewangan berintegriti

[Copy link]
Post time 10-10-2023 01:53 PM | Show all posts |Read mode

Chow Kon Yeow



GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang masih mengekalkan pengurusan kewangan yang berintegriti apabila menerima Sijil Bersih iaitu Sijil Pendapat Tanpa Teguran (Dengan Perenggan Hal-Hal Lain) daripada Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan tahun 2022.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pengiktirafan tersebut diterima kerajaan negeri pada Selasa yang mana, ia sekali gus membuktikan Kerajaan Pulau Pinang berjaya mengekalkan pengiktirafan Sijil Bersih Ketua Audit Negara seperti tahun-tahun sebelumnya.

Menurutnya, mengikut Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri serta Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang tahun 2022, ia menunjukkan prestasi kewangan kerajaan negeri masih kukuh.

"Salinan laporan tersebut diserahkan kepada saya oleh Pengarah Jabatan Audit Negara Negeri Pulau Pinang menunjukkan bahawa prestasi kewangan kerajaan negeri masih kukuh dengan baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan pada akhir tahun semasa adalah berjumlah RM1.859 bilion berbanding RM2.117 bilion pada akhir 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Kon Yeow, sebanyak 2,420 projek telah dirancang untuk dilaksanakan di negeri ini pada tahun lalu.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,332 projek iaitu 96.4 peratus telah siap sepenuhnya.

"Selain itu, hutang awam kerajaan negeri yang terdiri daripada hutang kepada Kerajaan Persekutuan bagi membiayai projek pembangunan menunjukkan baki berjumlah RM41.11 juta pada akhir tahun 2022 berbanding RM45.41 juta pada 2021, iaitu menurun sebanyak RM4.30 juta (9.5 peratus)," ujarnya lagi.

Menurut beliau, penurunan hutang berkaitan adalah disebabkan oleh tiada pinjaman baharu diambil dan pembayaran balik pinjaman telah dibuat mengikut jadual.




"Saya turut dimaklumkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang mencatatkan rekod tiada pinjaman baharu daripada Kerajaan Persekutuan yang dibuat sejak tahun 2016.

"Mewakili Kerajaan Pulau Pinang, sekalung penghargaan diucapkan kepada Ketua Audit Negara dan Jabatan Audit Negara Negeri Pulau Pinang di atas pensijilan Ketua Audit Negara bagi tahun 2022 ini.

"Terima kasih juga kepada semua agensi negeri dan Persekutuan yang memberi komitmen penuh dalam merealisasikan pengiktirafan ini. Kerajaan negeri akan terus berusaha mencari hasil baru dalam memantapkan lagi prestasi pembangunan negeri ini," katanya.
https://www.sinarharian.com.my/a ... wangan-berintegriti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.297276 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list