CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2742|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Naikkan harga siling beras maksimum hingga RM3.50 sekilogram'

[Copy link]
Post time 10-10-2023 04:01 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) mencadangkan supaya harga siling beras dinaikkan maksimum kepada RM3.50 sekilogram.

EXCO Tugas-Tugas Khas PeSAWAH, Abdul Rashid Yob, berkata selain itu, pihaknya turut mencadangkan beras putih tempatan (BPT) dan beras putih import (BPI) disatukan dalam beras putih dengan satu harga bagi mengelak penipuan, selain menjamin bekalan tanpa dieksploitasi.

Beliau berkata, mekanisme untuk menaikkan harga siling memang perlu dilakukan kerajaan memandangkan sudah lama tiada kenaikan harga dibuat sejak 2008.

"Ini kerana pasaran beras dunia juga turut naik termasuk di negara pengeluar beras sendiri seperti Vietnam (RM3.60 sekilogram) dan RM3.50 sekilogram di Thailand serta negara lain.



"Apatah lagi kos operasi dan input meningkat. Biasanya apabila kenaikan kos, maka harga beras juga akan ikut naik seiring," katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani supaya beras dijual pada harga lebih tinggi daripada harga siling kerana ia berupaya menggalakkan petani terus menanam padi yang boleh mendapat keuntungan banyak.

Pada masa sama, Abdul Rashid berkata, melalui kenaikan harga siling beras itu, pengilang juga akan membeli padi mentah pada harga melebihi RM1,500 bagi setiap tan berbanding harga siling sekarang RM1,200 satu tan.

Beliau berkata, ia sekali gus memberi impak baharu kepada petani seiring keadaan semasa.

Katanya, pendirian Malaysia mengekalkan harga siling RM2.60 sekilogram menyebabkan pengilang atau pemborong tidak mampu menjual kerana kos melebihi harga kawalan ditetapkan.

"Ini menyebabkan berlaku penipuan dengan menukar kampit kerana BPI boleh dijual dengan harga lebih mahal. Belian padi mentah turut terjejas kerana perkara itu, jadi pokok pangkalnya harga siling perlu dinaikkan kepada kadar yang ideal dan relevan," katanya.

Abdul Rashid berkata, PeSAWAH turut mencadangkan industri perlu mewujudkan kerjasama dengan semua pemegang taruh.

Katanya, monopoli juga perlu dihapuskan dan diperbanyakkan kilang padi Bumiputera antaranya Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), koperasi dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) supaya industri tidak dikawal kartel.

"Tahap sara diri (SSL) perlu ditingkatkan kepada sasaran 100 peratus tanpa mengharapkan import. Kita perlu hasilkan dan tingkatkan produktiviti sendiri demi keterjaminan makanan.

"Sekarang apabila India mengehadkan eksport beras mereka, kita jadi gelisah. Ini menunjukkan kuota untuk beras import sebanyak 35 peratus sudah melebihi," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ga-rm350-sekilogram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.114861 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list