CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2522|Reply: 0

[Selangor] Buaya sangkut pada tajur nelayan

[Copy link]
Post time 10-10-2023 05:11 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba mengikat seekor buaya yang ditemui tersangkut pada tajur milik nelayan di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya, hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

Kuala Selangor: Seekor buaya ditemui nelayan tersangkut pada tajur di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.37 pagi.

Beliau berkata, sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Tiba di lokasi, terdapat seekor buaya sepanjang dua meter tersangkut pada tajur milik nelayan.

"Reptilia itu dipercayai tersangkut sejak malam tadi dan dijumpai seorang nelayan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, anggota bertugas kemudian membawa buaya berkenaan ke tebing dan mengikatnya dengan tali.

"Ia kemudian dilepaskan di lokasi yang jauh dari penempatan penduduk," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pada-tajur-nelayan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.051772 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list