CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1787|Reply: 0

Pusat beli-belah sehenti KWC penuhi keperluan perniagaan

[Copy link]
Post time 11-10-2023 07:20 AM | Show all posts |Read mode
Pusat beli-belah sehenti KWC penuhi keperluan perniagaan


Kuala Lumpur bukan saja terkenal dengan kepelbagaian budaya dan destinasi pilihan pelancongan malah ia juga menjadi lokasi pusat perdagangan utama orang ramai.

Salah sebuah pusat perdagangan yang kian mendapat perhatian ialah KWC Fashion Wholesale (KWC), pusat beli-belah fesyen pertama dan terbesar di Malaysia.

Sebagai pusat beli-belah sehenti, KWC menawarkan produk berkualiti daripada fesyen terkini pada harga berpatutan.

Dibuka sejak 2011, KWC terletak hanya dalam jarak yang singkat dari 'Golden Triangle' ibu negara dan mudah diakses melalui pengangkutan sistem transit aliran ringan (LRT) iaitu lima minit berjalan kaki dari stesen LRT Hang Tuah.

KWC adalah destinasi yang sesuai buat pemborong, pelancong dan pembeli untuk membeli-belah di bawah satu bumbung bagi memenuhi keperluan fesyen terutama menjelang musim jualan dalam talian besar seperti 10.10, 11.11 dan jualan akhir tahun.

Tawar lebih 100,000 produk


Pusat beli-belah seluas 500,000 kaki persegi ini menawarkan lebih 100,000 produk di bawah satu bumbung termasuk produk pakaian dan gaya hidup untuk seisi keluarga seperti pakaian Muslimah, pakaian lelaki, pakaian kanak-kanak, kasut, beg dan hijab.

Selain itu, terdapat juga variasi produk lain seperti pakaian tradisional pelbagai bangsa dan pakaian moden untuk ke majlis dengan kod pemakaian tertentu.

Aksesori untuk majlis perkahwinan, sambutan perayaan, aksesori DIY seperti kain renda, manik dan kristal serta keperluan menunaikan umrah dan haji turut ditawarkan di KWC.

Lokasi terbaik pemborong




KWC adalah tempat ideal untuk pemborong bekalan kerana ia menawarkan produk fesyen tempatan yang berkualiti tinggi selain menyokong dan mempromosikan industri tempatan.

Dengan pelbagai pilihan produk dan harga, ia memberikan pengunjung beberapa pilihan untuk memenuhi keperluan perniagaan mereka.

Pelanggan juga mempunyai kebebasan untuk memilih bahan untuk produk tertentu, memberikan fleksibiliti yang lebih besar dalam perniagaan mereka.

Pelanggan juga boleh kekal bersaing dalam pasaran moden kerana KWC sentiasa mengemaskini stok dengan rekaan fesyen terkini selain dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang selesa di situ.

Lebih menarik, KWC turut menyediakan perkhidmatan penghantaran yang pantas melalui beberapa syarikat penghantaran seperti J&T Express, Pos Laju, Miracle Express, Ninja Van, KEX Express, Pos Store, MBE, dan Parcel Hub yang terletak di tingkat LG dan G.

Dengan lebih 800 kedai di bawah satu bumbung, kesemua perniagaan di KWC menawarkan khidmat jualan borong buat pelanggan.

Pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan tempahan bagi menghasilkan rekaan mereka sendiri.

Selain itu, pelanggan juga boleh menjadi ejen butik atau menjalankan perkhidmatan 'dropship' tanpa perlu menyimpan stok seterusnya menikmati komisen daripada penjualan dan melakukan siaran langsung dari butik mahupun kediaman sendiri.

Dapatkan bekalan perniagaan anda sekarang di KWC. Untuk maklumat lanjut, layari pautan ini.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... eperluan-perniagaan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.154695 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list