CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18192|Reply: 93

Raja Ilya dikecam teruk di IG sehingga digelar ‘b!tch’, gigih padam beratus-ratus komen

  [Copy link]
Post time 12-10-2023 03:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 26-10-2023 01:09 PM

KUALA LUMPUR: Pelakon Raja Ilya menafikan komen 'stay safe' yang ditinggalkan dalam hantaran yang dimuat naik aktres antarabangsa, Gal Gadot di Instagram (IG) sebagai tanda sokongan terhadap kekejaman dilakukan tentera Israel ke atas rakyat Palestin seperti yang diperkatakan dalam media sosial.

Sebaliknya, Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Rumilah Begum Raja Mohammad memaklumkan reaksi diberikan atas sifat perikemanusiaan selepas pelakon yang terkenal dengan watak Wonder Woman itu berkongsi ketakutan susulan konflik yang berlaku.

"Saya rasa sesiapapun yang berada situasi ini tanpa mengira bangsa dan agama akan memberi reaksi sama apabila membaca kapsyen Gal Gadot yang meluahkan rasa cemas apabila pintu rumah dihentak ketika dia dan dua anaknya berada dalam rumah.

"Sebagai peminat dan pengikut media sosial, saya belum pernah nampak Gal Gadot membuat hantaran sensitif seperti ini.

"Ini menunjukkan dia sangat terkesan dengan keadaan yang berlaku.

"Saya juga seorang ibu. Komen saya supaya dia jaga diri lebih kepada sifat prihatin terhadap keselamatan dirinya dan anak-anak," katanya kepada BH Online.

Sementara itu, pelakon filem Appalam dan Estet ini mengakui terkejut apabila komennya itu mendapat perhatian netizen Malaysia hingga dikecam teruk.

"Saya tak tahu komen saya menjadi perhatian hingga mendapat kecaman netizen. Tak sangka, saya tahu Gal Gadot ada berjuta pengikut dan pasti ramai juga yang tinggalkan komen.

"Lagipun, takkanlah saya sebodoh itu untuk tinggalkan komen berbentuk sokongan kepada Israel secara terbuka dalam media sosial.

"Seperti yang saya jelaskan, komen saya lebih kepada rasa simpati terhadap wanita terutama golongan ibu yang berdepan dengan situasi peperangan.

"Tak kiralah sama ada orang Israel atau Palestin. Saya sedih bila ramai ibu dan kanak-kanak yang tidak berdosa terkorban akibat peperangan," luahnya.

Terdahulu, komen yang ditinggalkan pelakon yang kini menetap di Perth, Australia itu menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila menyifatkannya sebagai tidak sensitif.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2023 06:06 AM | Show all posts
........

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rainbowrainz at 14-10-2023 08:53 AM

Jangan asik nak menggosip retiss jee sampai agama islam pun apa pun x reti..Hina sangat ni..baik mati jelah camtu


Apabila anak kita bertanya,
"Mengapa kita memberikan perhatian kepada PALESTIN dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?"

Apa jawapan kita?

Ceritakan kepada anak kita:
Wahai anakku, sesungguhnya PALESTIN adalah tempat tinggal para Nabi.

???????? Nabi kita Ibrahim عليه السلام hijrah ke PALESTIN.

???????? Nabi Lut عليه السلام diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi PALESTIN.

???????? Nabi Daud عليه السلام tinggal di PALESTIN dan membangun mihrabnya.

???????? Dan Nabi Sulaiman عليه السلام memerintah seluruh dunia dari PALESTIN, kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di PALESTIN dekat (‘Athqalan).

???????? Di PALESTIN juga, terdapat mihrab Zakaria عليه السلام, sebagaimana Musa عليه السلام meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.

???????? Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi 'Isa عليه السلام dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.

???????? Di PALESTIN, Maryam  menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.

???????? Termasuk tanda-tanda akhir zaman di PALESTIN, Nabi 'Isa عليه السلام akan turun di menara putih Syria, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod PALESTIN, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di PALESTIN, di antaranya kisah Talut dan Jalut.

1. Anak kita bertanya:
“Bagaimana dengan Nabi Muhammad ﷺ dan hubungannya dengan PALESTIN?”

Jawab:
“Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke PALESTIN, dan ketika Nabi hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan baginda sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah al-Mukarramah lalu masjid tempat baginda solat dinamakan masjid Dzulqiblatain (dua kiblat).”

???????? Demikian juga ketika Rasulullah ﷺ melakukan Isra’, baginda pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama baginda berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan baginda menjadi imam solat para Nabi.

???????? Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah: “Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Baginda menjawab, “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Baginda menjawab, “Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak antara keduanya?” Baginda menjawab, “Empat puluh tahun.” Kemudian baginda bersabda, “Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.”

????????"Wahai anakku, Apakah kamu tahu bahawa Abu Bakar as-Siddiq radhiyallahu 'anhu meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi ke Syam, meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah.

???????? Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar al-Faruq radhiyallahu ‘anhu, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali PALESTIN, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu.

???????? Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583 H hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rajab, tanggal yang sama dengan malam Mi’rajnya Nabi ke langit melalui Baitul Maqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Isra’ dan Mi’raj."

2. Anak kita bertanya lagi:
“Kenapa dinamakan dengan Baitul Maqdis?”

Jawab:
“Nama ini telah ada sebelum turunnya al-Quran, ketika al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid al-Aqsa, dan dinamakan Baitul Maqdis kerana kesuciannya yang istimewa.

Oleh kerana itu, tanah PALESTIN dan Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5000 dari kalangan para sahabat mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitul Maqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada’ masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada’ dan tanah ribat.”

3. Anak kita berkata:
"Jadi, pentingnya Masjid al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekah dan Madinah?”

Jawab:
“Ya, anakku. Allah ﷻ mengumpulkan keduanya dalam firman-Nya, *“Demi buah Tin dan buah Zaitun. Dan demi bukit Sinai. Dan demi kota Mekah ini yang aman*.” (At-Tin: 1-3)

???????? Ibnu Abbas berkata: "At-Tin adalah negeri Syam, az-Zaitun negeri PALESTIN, bukit Sinai adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa عليه السلام di Mesir, dan al-Balad al-Amin adalah Mekah al-Mukarramah."

???????? Allah ﷻ berfirman: “Dan sungguh kami telah tetapkan dalam kitab-kitab setelah dicatat di Lauh Mahfuzh bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.” (Al-Anbiya’: 105)

4. Anak kita berkata:
“Sekarang saya faham pentingnya PALESTIN dan Masjid al-Aqsa, sebagaimana saya faham bahawa solat di dalamnya dilipatgandakan menjadi 500 kali ganda, apakah ini benar?”

Jawab:
“Ya nak, itu benar, dan jangan kamu lupakan anak-anak PALESTIN dan penduduknya dari doamu. Semoga Allah memberkatimu nak.”

Footnote: This is not my writing. Read this via Whatsapp. Sharing it here sebab sangat bermanfaat. Credit to the original writer.

Semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan melindungi saudara-saudara kita di PALESTIN. Amin YRA.
.
#tak tahu belajar akan nak jadi tonggong poreber khuensss
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 05:43 AM | Show all posts
Bila rakyat bangang sentap bersuara...
Inilah tahap pemikiran dan asmilasi warga Melayu Isle yang tersohor di Bumi Malaysiak
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 05:54 AM | Show all posts
Nokiaman replied at 12-10-2023 05:43 AM
Bila rakyat bangang sentap bersuara...
Inilah tahap pemikiran dan asmilasi warga Melayu Isle yang te ...

eleh..kalau rumah ko org ceroboh..ko pun melalak jugak unless la ko bacul tak de telor!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu ka nama penuh dia? Begum2 ni india, kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2023 08:47 AM | Show all posts
satu hari akan turun tentera berkuda putih dari langit membantu org Islam...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 09:18 AM | Show all posts
Tak payah la sibuk2 nak sokong Palestine nak sokong Israel ke...
Korang sibukkan hal dalam negara sendiri je sudah la...
Dlm list FB i ade je ex-kelik org palestine yg dh keluar negara depa dan dapat warganegara lain takde pun riuh psl negara asal depa..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2023 10:06 AM | Show all posts
Baru singgah kt Ig Aci Begum...terus off komen gambor bunga ros gitcheww


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 10:29 AM | Show all posts
Nokiaman replied at 12-10-2023 05:43 AM
Bila rakyat bangang sentap bersuara...
Inilah tahap pemikiran dan asmilasi warga Melayu Isle yang te ...

sila migrate ke israel
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 10:30 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 12-10-2023 09:18 AM
Tak payah la sibuk2 nak sokong Palestine nak sokong Israel ke...
Korang sibukkan hal dalam negara se ...

iman awak masih lemah
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 10:34 AM | Show all posts
aku agak confuse pasal komen mempertahankan tanah suci. baitul maqdis tu mmg la one of 3 holy land tapi yg gaduh ni bukan kat baitul maqdis, area situ aman2 je, tourist beribu2 keluar masuk sehari. yg perang nya kat gaza

ni la masalah netijen iq negative, sebab tu stakat drop msg "stay safe" pon nak meroyan. mohon pi baca lagenda bani tamin

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 10:36 AM | Show all posts
_blackbird replied at 12-10-2023 10:34 AM
aku agak confuse pasal komen mempertahankan tanah suci. baitul maqdis tu mmg la one of 3 holy land t ...

hang paham ka peperangan israel-palestine ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2023 10:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 10:58 AM | Show all posts

tulis la apa je....
kau bukan sesiapa pun nak menentukan iman seorang manusia...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 10:59 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 12-10-2023 10:58 AM
tulis la apa je....
kau bukan sesiapa pun nak menentukan iman seorang manusia...

dah ckp pun mcm org takde iman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2023 11:03 AM | Show all posts
ifanonline replied at 12-10-2023 10:59 AM
dah ckp pun mcm org takde iman

Okay. Nanti dah mati kita jumpa sambung bicara kat neraka tingkat berapa?


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 11:06 AM | Show all posts
ifanonline replied at 12-10-2023 10:36 AM
hang paham ka peperangan israel-palestine ni?

ini perang antara israel dan hamas. not "whole" palestine
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 11:06 AM | Show all posts
_blackbird replied at 12-10-2023 11:06 AM
ini perang antara israel dan hamas. not "whole" palestine

you must be joking...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 11:07 AM | Show all posts
sarahmirza replied at 12-10-2023 11:03 AM
Okay. Nanti dah mati kita jumpa sambung bicara kat neraka tingkat berapa?

nak masuk neraka sangat ye...dipersilakan
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 11:17 AM | Show all posts

GO IFAN TETEK..GO TETEK!!!


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 8766 Replies : 72
????????แทงบอลเว็บไหนดี????(Line: @222c) ????แทงบอลยูโรออนไลน์ UFABET222 ????????
Pimpilai????????แทงบอลเว็บไหนดี??
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 220043 Replies : 5385
Bertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga RM1.25 Trilion Ditemui Di Sarawak
YgBenarBertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga
Views : 3149 Replies : 44
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 17231 Replies : 82
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27313 Replies : 110
Hati-Hati Ketika BerSELFIE ~~~
lucky_peaceHati-Hati Ketika BerSELFIE ~~~
Views : 45737 Replies : 134
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73826 Replies : 327
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19858 Replies : 103
iols Busy....uols Busy Tak?
Ximiols Busy....uols Busy Tak?
Views : 15577 Replies : 70

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.135921 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list