CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 471|Reply: 0

Fandi risau pemain tak cergas

[Copy link]
Post time 12-10-2023 10:26 AM | Show all posts |Read mode

FANDI fokus kecergasan pemain.

Kuantan: Kecergasan menjadi fokus utama Sri Pahang FC sepanjang tempoh rehat panjang saingan Liga Super.

Pengendalinya, Fandi Ahmad berkata, ini kerana beliau mengakui tempoh rehat panjang sedikit sebanyak memberi kesan daripada segi prestasi.

"Oleh itu bagi memastikan tahap kecergasan pemain berada pada prestasi terbaik, soal kecergasan menjadi keutamaan pasukan.

"Saya harap semua pemain dapat memberikan fokus dan tumpuan sepenuhnya bagi mengharungi baki lima perlawanan.

"Sepanjang tempoh ini juga saya harap persembahan meyakinkan dapat dipamerkan pemain untuk meletakkan pasukan pada kedudukan terbaik musim ini," kata legenda bola sepak Singapura itu.

Selepas mengharungi 21 perlawanan, Pahang berada di kedudukan keempat liga dengan mengutip 43 mata dengan berbaki lima perlawanan.

Berdasarkan jadual, Pahang akan berdepan Terengganu FC (TFC) pada 29 Oktober, diikuti PDRM FC (8 November), Penang FC (26 November), Johor Darul Ta'zim (3 Disember) dan KL City FC (17 Disember).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... u-pemain-tak-cergas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 1.158418 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list