CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 489|Reply: 0

Rooney pengurus Birmingham City

[Copy link]
Post time 12-10-2023 10:27 AM | Show all posts |Read mode

ROONEY diberi kepercayaan menjadi pengurus baharu Birmingham City.

London: Bekas penyerang Manchester United dan England Wayne Rooney dilantik pengurus baharu Birmingham City dengan kontrak tiga setengah tahun, menurut kelab Divisyen Dua itu hari ini.

Bekas jurulatih DC United itu menggantikan John Eustace, yang dipecat kelmarin ketika skuad Midlands menduduki tangga keenam dalam carta liga -- 12 mata di belakang pendahulu Leicester City.

"Saya membina karier pengurusan, meletakkan diri dalam persekitaran yang mencabar supaya saya bersedia dengan peluang ini. Ia adalah projek yang memberikan saya matlamat dan saya tak sabar memulakan tugas," kata Rooney dalam kenyataannya.

Rooney akan dibantu bekas rakan sepasukan England Ashley Cole dan bekas rakan sepasukan di United John O'Shea yang masing-masing turut menjadi penolong jurulatih skuad B-21 England dan skuad senior Ireland.

Rooney, 37, meletak jawatan sebagai pengurus kelab Major League Soccer (MLS) DC United minggu lalu selepas gagal dalam aksi playoff Piala MLS buat kali keempat berturut-turut.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rus-birmingham-city
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.085887 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list