CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 761|Reply: 0

Lebih 338,000 penduduk Semenanjung Gaza tinggalkan kediaman

[Copy link]
Post time 12-10-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode

Bangunan yang musnah akibat serangan udara Israel di kem Jabalia. - Foto AFP.


GENEVA: Lebih 338,000 penduduk di Semenanjung Gaza terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing selepas Israel terus menerus melancarkan serangan bom.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, terbaru 75,000 penduduk meninggalkan kediaman, menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 338,934 orang.

"Jumlah besar-besaran penduduk meninggalkan Semenanjung Gaza berterusan," demikian menurut OCHA, agensi kemanusiaan PBB dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan dikeluarkan selepas Israel membedil kedudukan Hamas di Semenanjung Gaza - kawasan yang mempunyai jumlah penduduk paling padat 2.3 juta - sejak pejuang Hamas melancarkan serangan mengejut ke atas Israel, pada Sabtu.

Tentera Israeli mendakwa seramai 1,200 penduduknya, terutama orang awam terbunuh akibat serangan Hamas.



Di Gaza, pegawai menyebut lebih 1,000 penduduk terbunuh dalam siri serangan balas udara dan operasi ketenteraan Israel.

OCHA menyebut, hampir 220,000 penduduk atau dua pertiga daripada mereka yang meninggalkan kediaman sudah ditempatkan di sekolah yang dijadikan tempat perlindungan. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.060233 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list