CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 631|Reply: 0

Maguire ancam tinggalkan Man United

[Copy link]
Post time 12-10-2023 11:05 AM | Show all posts |Read mode

Harry Maguire memulakan aksi Liga Perdana Inggeris buat pertama kali musim ini ketika kemenangan ke atas Brentford di Old Trafford. - Foto AGENSI

MANCHESTER: Harry Maguire memberi amaran akan meninggalkan Manchester United pada Januari sekiranya dia terus diberi peranan sebagai pemain simpanan di bawah kendalian Erik ten Hag.

Maguire, dilucutkan daripada jawatan kapten pada musim panas, memulakan permainan Liga Perdana Inggeris buat pertama kali musim ini selepas enam pertahanan lain cedera, dan dia membuat umpanan untuk jaringan kemenangan Scott McTominay ke atas Brentford, Sabtu lalu.

Bagaimanapun pemain 30 tahun itu bakal kembali bermula di bangku simpanan sebaik Raphael Varane kembali cergas, sekali gus menjejaskan peluangnya untuk mengisi kesebelasan utama England kendalian Gareth Southgate di Euro 2024.

"Saya tidak akan duduk di sini sepanjang hidup saya dan bermain sebulan sekali. Jika berterusan begini saya pasti akan berbincang dengan kelab.


"Ia bukan keputusan saya sama ada saya akan memulakan permainan seterusnya untuk United atau tidak. Saya yakin dengan keupayaan saya. Saya mahu beraksi dan berasa penting untuk kelab," kata Maguire menjelang aksi antarabangsa menentang Australia dan Itali.

Maguire hampir menyertai West Ham pada jendela perpindahan musim panas tetapi berkata dia bersedia bermain untuk United jika Ten Hag memberikannya ruang.

Karier Maguire di Old Trafford mula merosot sejak ketibaan Ten Hag. Dia hanya memulakan lapan aksi liga musim lalu dan dimasukkan pada dua minit terakhir ketika kemenangan Piala Liga. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... nggalkan-man-united
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.409882 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list