CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1198|Reply: 0

Inter Miami halang kelab lain pinjam Messi

[Copy link]
Post time 12-10-2023 12:17 PM | Show all posts |Read mode

MESSI dikaitkan dengan kelab Arab Saudi dan Barcelona untuk beraksi secara pinjaman. FOTO AFP

Miami: Inter Miami dilaporkan tidak akan meminjamkan kapten, Lionel Messi selepas musim Major League Soccer berakhir.

Penyerang berusia 36 tahun itu dikaitkan dengan Liga Pro Saudi atau kemungkinan kembali ke Barcelona.

Wartawan Sepanyol, Guillem Balague melaporkan bahawa superstar global itu tidak pergi ke mana-mana kecuali bercuti.

"Messi akan bercuti sekitar sebulan, seperti pemain bola sepak lain," kata Balague, menurut BBC.

"Jadi lupakan sebarang perpindahan ke Saudi atau yang serupa."

Inter Miami disingkirkan daripada saingan playoff.

Perlawanan terakhir mereka adalah pada 21 Oktober menentang Charlotte.

Messi meledak satu gol dan dua bantuan jaringan dalam lima perlawanan liga biasa (tiga kesebelasan utama) sejak menyertai Miami.

Dalam 13 perlawanan merentasi semua pertandingan untuk kelab itu, Messi mengumpul 11 gol dan lapan bantuan jaringan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... b-lain-pinjam-messi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.229859 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list