CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2151|Reply: 1

[Pahang] Tanah runtuh di Cameron Highlands, 16 keluarga dipindahkan

[Copy link]
Post time 12-10-2023 04:11 PM | Show all posts |Read mode

Kejadian tanah runtuh mengakibatkan tiga buah motosikal tertimbus dan sebuah garaj kereta rosak di kawasan penempatan semula Orang Asli, Kampung Sungai Ruil Golden Hill di sini hari ini. FOTO AMIR HAMZAH NORDIN

Cameron Highlands: Kejadian tanah runtuh di penempatan semula Orang Asli Kampung Sungai Ruil Golden Hill di sini pagi tadi memaksa 16 keluarga dipindahkan.

Kejadian itu turut menyebabkan tiga motosikal tertimbus dan sebuah garaj kereta rosak, namun tiadak kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat pada jam 11.15 pagi.

Katanya, pegawai operasi melaporkan kejadian tanah runtuh berlaku berdekatan perumahan terbabit dan penduduk terpaksa dipindahkan.

"Anggota bomba membuat pemeriksaan di tempat kejadian dan mendapati masih berlaku pergerakan tanah dan mengarahkan penghuni 16 rumah di kawasan itu mengosongkan kediaman masing-masing dan berpindah sementara ke tempat selamat.

"Mangsa dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ruil," katanya di sini, hari ini.

Katanya, anggota BBP Cameron Highlands terus membuat pemantauan di lokasi dan punca kejadian masih dalam siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eluarga-dipindahkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2023 04:15 PM | Show all posts
Iols taknak pergi CH lagi. Ngeriii, rasa tak selamat, cukuplah dah byk kali pergi sebelum ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.175516 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list