CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7189|Reply: 0

Pertimbang sekali lagi pengeluaran KWSP - Wan Saiful

[Copy link]
Post time 13-10-2023 07:43 AM | Show all posts |Read mode
Pertimbang sekali lagi pengeluaran KWSP - Wan Saiful


Foto hiasan.


KUALA LUMPUR: Pembangkang hari ini menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran sekali lagi dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pencarum yang benar-benar memerlukan.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, permintaan itu hadir susulan memorandum yang diterima Perikatan Nasional (PN) daripada Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) yang mana isu pengeluaran KWSP antara 10 permintaan yang dikemukakan.

"Mereka (PGIRM) meminta kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar. Mereka menjalankan tinjauan kepada 99,335 pencarum yang menyatakan mereka terdesak dan berada dalam kesusahan yang amat memerlukan pengeluaran KWSP secara bersasar dengan tujuan kecemasan.

"Kita harap kerajaan ambil tindakan segera. Tolong benarkan KWSP secara bersasar," katanya ketika sidang media di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata PGIRM melalui memorandum sama meminta kerajaan memudah cara individu yang kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik COVID-19 untuk kembali ke alam pekerjaan.

"Lanjutan krisis dan masalah ekonomi negara, ramai rakyat dibuang kerja. Sehingga hari ini, mereka tak dapat kerja semula.

"Jadi permintaan rakyat ini supaya kerajaan menjalankan proses memudahkan mereka yang dibuang kerja, ada pengalaman kerja tetapi sampai sekarang tak dapat pekerjaan.

"Kita minta kerajaan mudahkan urusan mereka mendapatkan kembali pekerjaan supaya boleh menjalani kehidupan secara bermaruah dan tidak perlu meminta secara berterusan," katanya.

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim ketika sidang media sama menyarankan kerajaan memberi keutamaan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada warga tempatan biarpun terdapat industri mahu mendapatkan khidmat pekerja asing.

Beliau juga menyifatkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri sebelum ini yang memutuskan untuk membuka 7,500 kuota pekerja asing bagi pengambilan subsektor perkhidmatan tukang gunting rambut, tekstil dan tukang emas, bukan satu perkara mendesak.

"Saya menyarankan bagi pihak PN supaya keperluan 7,500 pekerja asing seperti diumumkan Menteri Sumber Manusia itu tidak terlalu mendesak dan ia boleh dipenuhi dengan mengambil warga tempatan yang berkemahiran untuk mengisi keperluan sektor terbabit termasuk dalam bidang kesihatan," katanya.

Awang berkata, negara juga pada masa ini mempunyai lepasan pelajar dalam bidang jururawat yang boleh memberi menampung keperluan tenaga kerja tempatan.

"Kita ada lambakan jururawat yang masih lagi dalam status kontrak, tetapkan (bagi jawatan tetap) mereka ini dan bila kita lihat dibukanya untuk mengisi jawatan (kepada pekerja asing) ketika banyak jururawat kita yang terlatih.

"Jadi tumpulah kepada anak tempatan sebelum kita mahu membuka kepada warga asing ini," katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengumumkan kelonggaran bersyarat secara sementara kepada kemudahan kesihatan swasta untuk mengambil jururawat terlatih warga asing bagi tempoh 12 bulan mulai 1 Oktober.

Beliau berkata, kekurangan tenaga kerja jururawat di sektor awam dan swasta memberi kesan besar terhadap penyampaian perkhidmatan kesihatan secara efektif di negara ini dan perkara itu sudah lama dibangkitkan pelbagai persatuan dalam rangkaian industri perubatan swasta dan ia harus segera diatasi.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... Uzv8a4wahon_14jmw9Y


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.084178 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list