CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4955|Reply: 0

[Kedah] Urus ibu terlantar sebelum ke sekolah

[Copy link]
Post time 13-10-2023 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Urus ibu terlantar sebelum ke sekolah


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Muhammad Imran Mohd Adnan menjaga ibunya, Hazalina Md Arof yang terlantar akibat barah payu dara sebelum ke sekolah setiap hari. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI




Changlun: Sejak tiga tahun lalu menjadi rutin harian Muhammad Imran Mohd Adnan, 17, menguruskan ibunya yang terlantar akibat kanser payu dara tahap empat sebelum ke sekolah.

Bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Januari tahun depan, anak kedua daripada empat beradik itu perlu bijak membahagikan antara mengulangkaji pelajaran dan menguruskan ibunya, Hazalina Md Arof, 45.

Muhammad Imran berkata, setiap pagi selepas solat Subuh dia akan membuat sarapan, memberi ubat dan menukar lampin pakai buang ibunya sebelum dijemput rakan di rumahnya di Kampung Lorong Kolam Ikan, Jalan Changlun, di sini untuk ke sekolah.

"Pulang dari sekolah, saya uruskan makan tengahari serta menukar lampin pakai buang dan mengurut badan ibu.

"Abang (Muhammad Iqbal, 20) di Universiti Teknologi Mara (UITM) di Perlis dan apabila dia pulang cuti semester, dia ambil alih tugas saya. Manakala bapa (Mohd Adnan Jalaludin, 52) pula keluar berniaga sate di Kodiang setiap hari sejak pagi hingga malam untuk menyara kami sekeluarga," katanya.

Menurut Muhammad Imran, jika ada permintaan, dia akan melakukan kerja sampingan seperti mesin rumput dengan memperoleh pendapatan antara RM30 hingga RM50.

Katanya, dia bersyukur kerana rakan sekelasnya prihatin dengan masalah yang dihadapinya dan mereka datang ke rumah menghantar tugasan yang diberi oleh guru jika dia tidak hadir ke sekolah.

"Sebelum ini saya tak pergi ke sekolah hampir dua bulan sebab tak ada siapa nak uruskan emak tapi sekarang kena kena pergi sekolah tiap hari disebabkan SPM hanya tinggal lebih sebulan lagi," katanya.

Muhammad Imran mempunyai dua adik yang lain iaitu Muhammad Ilyas, 11, dan Muhammad Ilham, 5, yang masing-masing sudah bersekolah.

Hazalina berkata, dia dikesan menghidap penyakit itu sejak 2020 selepas terdapat ketulan di ketiak kanan yang pada mulanya disangka ketulan biasa.

"Selepas menjalani pemeriksaan ketika itu, doktor mengesahkan saya menghidap barah payu dara dan perlu menjalani rawatan kemoterapi dengan segera.

"Namun saya sempat menjalani tiga pusingan kemoterapi di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan berhenti rawatan itu pada tahun 2021 disebabkan ibu saya sakit waktu itu.

"Namun tahun lalu, berlaku pendarahan pada ketulan di ketiak kanan menyebabkan saya terus mendapatkan rawatan di Hospital Tunku Fauziah (HTF) Kangar, Perlis dan doktor meneruskan balik enam pusingan kemoterapi pada waktu itu," katanya.

Menurut Hazalina, dia kemudian mendapatkan pemeriksaan pakar di HPP dan menjalani enam lagi pusingan kemoterapi serta lima kali radioterapi.

"Kini tangan kiri saya sakit dan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati sel barah bertambah di tulang belakang.

"Saya kini hanya bergantung sepenuhnya pada ubat morfin untuk mengurangkan sakit," katanya.

Orang ramai yang ingin membantunya boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun Maybank 152068615972 milik Hazalina.

Terdahulu Hazalina dikunjungi Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang mengunjungi pesakit itu menyampaikan sumbangan kerusi roda, susu formula khas, lampin pakai buang dan wang tunai untuk kegunaannya.



Disiarkan pada: Oktober 13, 2023 @ 11:03am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.156231 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list