CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5591|Reply: 0

Lokasi Di Korea Selatan Buat Si Kaki Shopping!

[Copy link]
Post time 13-10-2023 01:09 PM | Show all posts |Read mode
Korea Selatan tidak hanya terkenal dengan K-drama tetapi dikatakan sebagai pusat fesyen terutama bagi golongan remaja dan belia.

Bukan hanya fesyen, Korea Selatan juga adalah antara negara yang mengeluarkan pelbagai produk penjagaan kulit yang menjadi rebutan di seluruh dunia.


Buat penggemar barangan Korea Selatan terutama si kaki 'shopping', mari kita semak lokasi terbaik untuk membeli-belah produk keluaran negara itu.


1. Bupyeong Underground Shopping Mall

Merupakan tempat shopping di Stesen Bupyeong dan ianya merupakan tempat yang terkenal di korea.


Mereka jual pelbagai jenis barang daripada kasut,baju dan lain - lain, dan tempat ni memang akan crowded semasa hari cuti dan mereka hanya menerima duit 'cash, no credit card'.


Cara nak pergi ke stesen bupyeong kita perlu naik subway line no 1 dari Incheon to Bupyang Station. Waktu operasi adalah dari pukul 10 pagi ke 10 malam (Daily)





2. Express Bus Terminal Underground Shopping ( GANGNAM)

Tempat shopping ini berhampiran dengan stesen bupyeong dan tempat ini merupakan pusat beli belah yang murah, jadi,  ini sesuai dengan mereka yang berjimat ketika disana.





3. Dongdaemun

Dongdaemun dikenali sebagai syurga fesyen Korea dan menempatkan shopping mall berskala besar. Hampir setiap perkara yang berkaitan dengan fesyen boleh didapati di sini.


Anda boleh memilih untuk shopping di mall pencakar langit seperti Doota dan Migliae atau shopping di outdoor bazaar pada harga yang lebih berpatutan.


Anda boleh berkunjung ke Dongdaemun siang atau pun malam kerana Dongdaemun “hidup” hampir 24 jam.


Pada siang hari Dongdaemun dipenuhi dengan pelancong yang mencari barang pada harga berpatutan. Sebelah malamnya pula menjadi tempat peniaga memborong barang pada harga pukal.


Untuk ke Dongdaemun, boleh menaiki subway line 1 atau line 4 dan turun di Stesyen Dongdaemun





4. Garosu - gil

Jalan Garosu sesuai untuk mereka yang kaya,sebab tempat ini untuk mereka yang branded.


Selain itu, kedai - kedai di Road Garosu mempunyai butik yang stylish dan hipster cafe. Mereka yang pentingkan style wajib datang ke Road Garosu.






5. Cheongdam - dong Fashion Street

Cheongdam ni tempat tinggal Taemin Shinee dengan Naeun A-pink ni.


Cheongdam-dong fashion street tempat beli belah yang menjual barang yang mempunyai brang yang terkenal seperti Louis Vitten, Channel, Burberry... Kiranya serupa dengan Pavillion.





6. Myeong-dong


Myeong-dong adalah salah satu lokasi perbelanjaan paling instagrammable di Seoul.


Semuanya sebab kepopularan produk perawatan kulit dan kosmetik yang ada di sana. Lebih dari 1,000 produk Korea di sini, seperti Etude House, The Face Shop, Nature Republic dan Missha.


Beberapa premis juga akan memberikan produk percuma kepada pengunjung.





Selain produk penjagaan kulit, Myeong-dong juga penuh dengan butik fesyen, sesuai untuk mereka yang mencari tempat beli belah murah di Seoul. - CARI











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.061126 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list