CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1550|Reply: 0

Nak sangat pakai padang cepat punca rumput rosak - TMJ

[Copy link]
Post time 14-10-2023 11:58 AM | Show all posts |Read mode

RUMPUT padang di SNBJ terpaksa diperbaiki oleh kakitangan PSM. -FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) mendedahkan 'sifat tak sabar' menjadi punca padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) rosak pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023.

Tunku Ismail menerusi aplikasi X memaklumkan, padang SNBJ sepatutnya diberikan lebih masa untuk akarnya kuat, seterusnya boleh digunakan untuk perlawanan bola sepak.

"Padang tu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia kuat. Macam padang Stadium Sultan Ibrahim.

"Tetapi national team (pasukan kebangsaan) nak pakai secepat mungkin. Itu atas keputusan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dan pihak stadium.

"Kalau saya, saya beri lebih masa. Sekurang-kurangnya lagi dua atau tiga bulan. Kontraktor ini kontraktor yang sama buat padang JDT," tulisnya, sebentar tadi.



CIAPAN TMJ di aplikasi X.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan tidak sampai tempoh 48 jam padang baharu SNBJ digunakan namun ia sudah kelihatan rosak sebaik 45 minit pasukan Malaysia beraksi menentang India pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 sebentar tadi.

Jelas sekali padang yang bernilai jutaan ringgit itu kelihatan tercabut atau 'koyak' seawal lima minit sepak mula perlawanan membabitkan Malaysia menentang India sekali gus menimbulkan persoalan dikalangan penyokong bola sepak tanah air terhadap kualiti rumput yang digunakan itu.

Situasi terbabit juga mengganggu corak permainan kedua-dua pasukan apabila ada ketikanya bola melantun dan menghalang pergerakan pemain.

Mengikut rekod, gelanggang keramat Harimau Malaya yang dirasmikan Tunku Ismail semalam, bukan sahaja menggunakan rumput baharu, malah proses naik taraf turut dilakukan di bahagian lain termasuk tempat solat dan tandas.

Padang baharu itu menggunakan rumput Zeon Zoysia bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass dianggarkan mencecah kos sehingga RM1.4 juta.

Rumput Zeon Zoysia jenis lasak dengan cuaca hujan dan tahan panas berbanding cow grass yang tidak sesuai lagi digunakan untuk bola sepak moden.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ca-rumput-rosak-tmj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.584304 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list