CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2280|Reply: 0

Stimac kritik kualiti padang, layanan penganjur

[Copy link]
Post time 14-10-2023 03:42 PM | Show all posts |Read mode

Pengendali India, Igor Stimac pada perlawanan Pestabola Merdeka 2023 menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih India, Igor Stimac mengkritik kualiti padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menjadi gelanggang ketika pasukannya tewas 4-2 kepada Malaysia dalam aksi Pestabola Merdeka 2023, malam tadi.

Pengendali berusia 56 tahun itu turut mempersoal fasiliti latihan yang disediakan kepada pasukannya sepanjang menjalani persiapan bagi menghadapi kejohanan itu.

Dia berkata, penganjur sepatutnya menyediakan fasiliti terbaik kepada mana-mana pasukan yang datang untuk menyertai Pestabola Merdeka yang turut dianggapnya sebagai antara kejohanan terbaik di Asia.



Keadaan padang yang rosak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - NSTP/Aizuddin Saad

"Stadium yang cantik, fasiliti hebat, padang mengerikan. Padang latihan yang tidak bagus kepada pasukan yang datang ke sini dan anda perlu mengambil mengenai perkara itu.

"Untuk jadi lebih bagus anda harus menyediakan fasiliti terbaik kepada pasukan luar yang datang untuk menyertai kejohanan yang hebat. Ini antara kejohanan yang hebat di Asia, jadi anda perlu sediakan fasiliti terbaik.

"Bukan terpaksa menempuh perjalanan yang jauh setiap hari untuk berlatih dan tempat latihan yang berubah-ubah. Jadi perkara berkenaan sepatutnya tidak berlaku kepada kejohanan seperti ini," kata Stimac.



Arif Aiman (kiri) diasak pemain India, Mehtab Singh di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. - NSTP/Aizuddin Saad

Kekalahan kepada Malaysia pasti sukar untuk diterima India berdasarkan kedudukan mereka di tangga ke-102 dunia berbanding Harimau Malaya yang berada di ranking 134.

Malah, Stimac secara berkias juga seakan menyalahkan mutu pengadilan dalam perlawanan itu yang menjadi antara faktor pasukannya tewas kepada Malaysia.

Tidak dinafikan padang Stadium Nasional yang baru dinaik taraf turut mendapat kritikan hebat daripada banyak pihak selepas rumput di beberapa bahagian padang tercabut ketika aksi sulung Pestabola Merdeka 2023 itu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... g-layanan-penganjur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.556885 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list