CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1432|Reply: 0

[Cinta] Suratan jodoh, ajal

[Copy link]
Post time 16-10-2023 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Suratan jodoh, ajal

Gambar hiasan.



Jodoh termasuk dalam perkara yang sudah ditulis berdasarkan ilmu Allah SWT.

Allah SWT memberi pilihan kepada manusia untuk mendapatkannya dengan cara bagaimana, bila dan dengan siapa.

Bagaimana pula dengan soal ajal? Kita boleh belajar konsepnya daripada hadis keempat daripada himpunan Hadis 40 yang dikumpul oleh Imam al-Nawawi.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'ud, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): “Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya roh dan dia diperintahkan dengan empat kalimat iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang Tiada Tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pada peringkat pertumbuhan janin dalam rahim, ia mengajar manusia mencapai tahap kesempurnaan ma'nawi mesti melalui cara beransur-ansur, tidak gopoh atau gelojoh. Begitu juga dengan pembinaan akhlak.

Ulama menyatakan, roh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan. Itu satu hikmah juga bagi wanita yang kematian suami.

Iddahnya berlangsung selama empat bulan sepuluh hari bagi menjamin kesucian rahimnya.

Ada empat ketentuan hidup manusia yang sudah ditetapkan Allah SWT sejak seseorang itu belum lahir lagi ke dunia iaitu rezeki, ajal kematian, amalan dan nasibnya sama ada menjadi seorang yang susah atau senang.

Allah SWT Maha Mengetahui keadaan makhluk sebelum dijadikan sama ada iman dan taat, kufur dan maksiat serta bahagia atau derita semua dalam pengetahuan-Nya.

Bagaimanapun, ilmu Allah SWT tidak menghalang manusia daripada berikhtiar. Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu nasibnya.

Yang lebih penting bukan bagaimana ia bermula tetapi bagaimana ia berakhir. Ilmu Allah SWT tidak menghalang kebebasan hamba-Nya memilih serta meraih apa yang mereka inginkan.

Contoh, mati itu pasti akan berlaku kepada setiap manusia. Namun, bagaimana cara manusia mati sama ada baik atau buruk, itu adalah pilihan mereka sendiri.

Berbicara soal jodoh pula, bilakah waktu sesuai buat seseorang untuk memberi fokus kepada jodohnya di dunia?

Persiapan bagaimana yang harus dilakukan? Jika mengikut kaedahnya, persoalan bila itu semua orang tidak sama.

Maka, tanya Allah SWT dengan cara istikharah. Manakala tanya manusia pula melalui istisyarah.

Melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah, beliau berkata: Rasulullah SAW pernah mengajarkan istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana Baginda mengajar kami surah dari al-Quran.

Baginda bersabda yang bermaksud: “Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa.

Sebaik-baiknya, berkahwinlah ketika dihukum sebagai sunat di mana kita sudah mampu, namun masih tidak merasa takut jatuh kepada zina.

Apabila menyebut soal jodoh, boleh jadi kita fikir perkara yang indah-indah sahaja.

Namun, kita juga perlu seimbangkan hidup dengan memikirkan soal pemutus kelazatan iaitu ‘lamaran’ maut yang mungkin menanti kita
pada bila-bila masa.

Bagaimana usaha kita sebagai seorang khalifah dan hamba di muka bumi ini untuk sentiasa bersedia menghadapi mati lebih daripada segala-galanya?

Semua kenikmatan itu tidak salah. Namun, kedudukan dunia cuma di kaki, bukan di hati. Jadikanlah jodoh sebagai bekalan untuk berbakti menuju mati.



Penulis ialah pendakwah


Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/2019/10/503748/suratan-jodoh-ajal

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.055995 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list