CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 405|Reply: 0

Ratcliffe sanggup bayar RM7 bilion kepada Man United

[Copy link]
Post time 16-10-2023 11:19 AM | Show all posts |Read mode

JIM Ratcliffe berminat membeli saham Man United. FOTO AGENSI

London: Pengerusi Ineos, Jim Ratcliffe akan membayar lebih AS$1.5 bilion (RM7.1 bilion) untuk 25 peratus pegangan saham dalam Manchester United Plc dengan tawarannya itu dijangka diterima oleh keluarga Glazer, menurut sumber terdekat, semalam.

Terma bidaan Ratcliffe membuat kesimpulan penilaian ke atas Manchester United hampir AS$6.5 bilion (RM30.8 bilion), tidak termasuk hutang bersihnya lebih daripada AS$600 juta (RM2.8 bilion). kata sumber.

Ia lebih tinggi sedikit daripada tawaran pesaing utama dari Qatar, Sheikh Jassim Hamad al Thani bagi pegangan 100 peratus kelab Liga Perdana Inggeris itu. Manchester United kini dinilai oleh pasaran saham pada harga AS$3.3 bilion (RM15.6 bilion).

Sheikh Jassim memaklumkan kepada keluarga Glazer beberapa hari lalu bahawa dia tidak akan meningkatkan tawarannya lagi.

Keluarga Glazer belum mencapai persetujuan dengan Ratcliffe dan rundingan mungkin diteruskan sekurang-kurangnya sehingga akhir bulan ini, kata sumber itu.

Keluarga Glazer, yang memperoleh kekayaan dalam bidang hartanah, jualan runcit dan penjagaan kesihatan serta memiliki pasukan NFL, Tampa Bay Buccaneers, membeli United dengan harga £790 juta (RM4.5 bilion) pada tahun 2005.

Enam waris ahli perniagaan Amerika Syarikat, Malcolm Glazer, yang meninggal dunia pada tahun 2014, bersama-sama menguasai 96 peratus stok undian Manchester United.

Struktur perjanjian yang dicadangkan oleh Ratcliffe akan membolehkan ahli keluarga Glazer, serta pemegang saham lain mengeluarkan sebahagian daripada saham, kata sumber itu.

Ratcliffe telah menawarkan untuk bertanggungjawab mengambil dan mengurus bakat di Manchester United sekiranya tawarannya berjaya, kata sumber itu.

Penyokong kelab itu mengkritik keluarga Glazer berhubung cara mereka mengendalikan aspek utama operasi Manchester United.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-kepada-man-united
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.054093 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list