CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28964|Reply: 13

Sejarah & Asal usul Kesultanan Brunei...

[Copy link]
Post time 25-1-2011 12:11 AM | Show all posts |Read mode
ada dah topik pasal nie?

antara kesultanan brunei & melaka, mana yg lebih dahulu wujud?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2011 12:39 PM | Show all posts
Brunei atau secara rasminya Negara Brunei Darussalam ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber minyak dan terletak di sebelah utara pulau Borneo. Brunei dikelilingi Malaysia dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia.

Nama Borneo diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo.

Para pengkaji sejarah telah mempercayai bahawa terdapatnya sebuah kerajaan lain sebelum tertubuhnya Kesultanan Brunei kini, yang digelar orang Cina sebagai Po-ni. Catatan orang Cina dan orang Arab menunjukkan bahawa kerajaan perdagangan kuno ini wujud di muara Sungai Brunei seawal abad ke-7 atau ke-8. Kerajaan awal ini pernah ditakluk empayar Srivijaya yang berpusat di Sumatra pada awal abad ke-sembilan Masehi dan seterusnya menguasai Borneo utara dan gugusan kepulauan Filipina. Kerajaan ini juga pernah dijajah Empayar Majapahit yang berpusat di pulau Java tetapi berjaya membebaskan dirinya dan kembali sebagai sebuah negeri yang penting.

Empayar Brunei melalui zaman kegemilangannya dari abad ke-15 hingga abad ke-17, sewaktu ia memperluaskan kekuasaannya ke seluruh pulau Borneo dan ke Filipina di sebelah utaranya.

Brunei mencapai kemuncak kekuasaannya pada zaman pemerintahan Sultannya yang kelima iaitu Sultan Bolkiah (1485 - 1524), yang terkenal disebabkan pengembaraan baginda di laut, malah pernah seketika menakluki Manila; dan pada zaman pemerintahan sultan yang kesepuluh, Sultan Muhammad Hasan (سلطان محمد حسن) (TM 1582 - 1598), yang membangunkan susun atur adat istiadat kerajaan dan istana yang masih kekal hingga ke hari ini.

Selepas zaman Sultan Hassan, Brunei memasuki zaman kejatuhan berpunca dari pergolakan dalaman disebabkan perebutan kuasa antara waris diraja, juga disebabkan timbulnya pengaruh kuasa penjajah Eropah di rantau sebelah sini, yang menggugat corak perdagangan tradisi, serta memusnahkan asas ekonomi Brunei dan kesultanan Asia Tenggara yang lain.

Pada tahun 1839, pengembara Inggeris bernama James Brooke tiba di Borneo dan membantu Sultan menundukkan sebuah pemberontakan. Sebagai balasan, beliau dilantik menjadi gabenor dan kemudiannya "Rajah" Sarawak (سراوق) di barat laut Borneo sebelum meluaskan kawasan di bawah pemerintahannya.

Pada masa yang sama, Syarikat Borneo Utara British sedang meluaskan penguasaannya di timur laut Borneo. Pada tahun 1888, Brunei menjadi sebuah negeri di bawah perlindungan kerajaan British dengan mengekalkan kedaulatan dalam negerinya, tetapi dengan hal ehwal luar negara bawah kawalan British. Pada tahun 1906, Brunei menerima suatu lagi langkah perluasan kuasa British apabila kuasa eksekutif dipindahkan kepada seorang residen British, yang menasihati baginda Sultan dalam semua perkara, kecuali yang bersangkut-paut dengan adat istiadat tempatan dan agama.

Pada tahun 1959, Brunei mengisytiharkan kerajaan baru yang berkuasa memerintah kecuali dalam isu hubungan luar, keamanan dan pertahanan dimana isu-isu ini menjadi tanggungjawab British. Percubaan untuk membentuk sebuah badan perundangan pada tahun 1962 terpaksa dilupakan kerana berlaku pemberontakan oleh parti pembangkang iaitu Partai Rakyat Brunei dan dengan bantuan British, pemberontakan ini berjaya dibanteras. Manakala pada akhir 1950 dan awal 1960, kerajaan Brunei ketika itu menolak cadangan (walaupun pada awalnya menunjukkan minat) untuk bergabung dengan Singapura, Sabah (سابه), Sarawak, dan Tanah Melayu (تنه ملابو) untuk membentuk Malaysia dan akhirnya Sultan Brunei ketika itu bercadang untuk membentuk sebuah negara yang merdeka.

Pada 1967, Omar Ali Saifuddin telah turun dari takhta dan melantik anakanda sulung baginda, Hassanal Bolkiah, menjadi Sultan Brunei ke-29. Baginda juga berkenan menjadi Menteri Pertahanan setelah Brunei mencapai kemerdekaan penuh dengan gelaran Paduka Seri Begawan Sultan. Pada tahun 1970, pusat pemerintahan negeri Bandar Brunei atau Brunei Town, telah diubah namanya menjadi Bandar Seri Begawan untuk mengenang jasa baginda. Baginda mangkat pada tahun 1986.

Pada 4 Januari 1979, Brunei dan United Kingdom telah menandatangani Perjanjian Kerjasama dan Persahabatan. Pada 1 Januari 1984, Brunei Darussalam telah berjaya mencapai kemerdekaan sepenuhnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 02:51 PM | Show all posts
Menarik... Kesultanan brunei ni afa kena mengena ng kesultanan sulu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2011 03:19 PM | Show all posts
waaa... pasal brunai la pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2011 01:36 AM | Show all posts
sape sultan brunei yg pertama?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 04:11 PM | Show all posts
Assalamualaikum W.B.T. Kepada Sahabat/Saudara/i/ Awang/Dayang/Sharif/Sharifah/Pengiran,

Di sini saya bagi pihak Keluarga ingin mencari Keturunan dan Keluarga Sultan Abdul Momin, Sultan Muhammad Kanzul Alam dan Sultan Omar Ali Saifuddin II.

Semoga kepada Kaum Kerabat, Keluarga dan Keturunan Sultan Abdul Momin, Sultan Muhammad Kanzul Alam dan Sultan Omar Ali Saifuddin II dapat menghubungi saya.. Ada beberapa perkara penting dan mustahak untuk dibicarakan.

Sekian. Wassalamualaikum W.B.T.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2011 09:35 PM | Show all posts
salam....

boleh saya bertanya...apa hajat saudara putera_isnin mencari waris2 tersebut??
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 09:36 PM | Show all posts
salam....

boleh saya bertanya...apa hajat saudara putera_isnin mencari waris2 tersebut??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2011 10:56 AM | Show all posts
Reply 5# Acong


   Sultan Brunei yang pertama ialah Sultan Muhammad Shah (sebelumnya terkenal dengan nama Awang Alak Betatar).  
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 12:46 AM | Show all posts
Reply  Acong


   Sultan Brunei yang pertama ialah Sultan Muhammad Shah (sebelumnya terkenal den ...
farahbatrisyia Post at 20-2-2011 10:56



   

yep.. awang alak betatar, kalo tgk istana sultan brunei di KL kat jalan ampang tue, dinamakan rumah awang alak betatar...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 12:45 PM | Show all posts
aku teringin nak tau sejarah kesultanan brunei,....sbb mcm2 versi aku dgr....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2011 11:37 PM | Show all posts
aku teringin nak tau sejarah kesultanan brunei,....sbb mcm2 versi aku dgr....
md_nana Post at 2-3-2011 12:45



    meh lah share..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
putera_isnin replied at 17-2-2011 04:11 PM
Assalamualaikum W.B.T. Kepada Sahabat/Saudara/i/ Awang/Dayang/Sharif/Sharifah/Pengiran,

Di sini s ...

Nma nenek sya hj madin b momin.... tpi sudh lma mningal.....sjak dri kcil sya pn tdk tahu c pa adek bradik nenek sya smpi skrang.. kbar2 dlu swktu kcil nenek sllu prgi istna...tpi nenek sya bukn pngiran cuma org biasa
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2017 09:43 AM | Show all posts
terima kasih atas ilmu y dikongsi. x pernah lak terbaca sejarah brunei ni kat mana2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.061982 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list