CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 463|Reply: 0

[Kelantan] Gadai motosikal bayar tunggakan sewa rumah, belanja keperluan harian

[Copy link]
Post time 16-10-2023 05:51 PM | Show all posts |Read mode

Nur Fazlizawati bersama empat anaknya ketika ditemui di rumah sewa mereka di Taman Setia Kasih, Pangkal Meleret. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Machang: Ibu tunggal sanggup menggadaikan motosikal yang dibelinya bagi membayar tunggakan sewa rumah sejak dua bulan lalu selain untuk perbelanjaan harian.

Nur Fazlizawati Zohari, 40, berkata, dia kini buntu untuk mencari sumber kewangan bagi membayar tunggakan sewa rumah kerana bimbang akan diusir memandangkan mereka sekeluarga tidak mempunyai tempat lain untuk berteduh.

Menurutnya, kisah hidupnya penuh berliku selepas suaminya, Mohd Nazri Khaidhir meninggal dunia pada Ogos tahun lalu disebabkan penyakit darah tinggi.

Katanya, kini dia perlu menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk menyara lima anaknya.

"Sebagai manusia biasa dan isteri yang selama ini bergantung harap kepada suami, perasaan kehilangan dan sedih itu pastinya dirasai dan selepas arwah tiada, sumber pendapatan kami sekeluarga juga tidak ada.

"Selama ini, segalanya diuruskan arwah suami dan saya hanya menguruskan anak-anak serta rumah tangga. Rutin harian juga hanyalah untuk keluarga.

"Jadi, apabila perkara ini berlaku, saya jadi buntu dan tidak tahu mahu bermula dari mana selain betul-betul hilang arah," katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Setia Kasih, Pangkal Meleret di sini.

Terdahulu, badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Che Norhayati Mohamed selaku pengerusi melawat dan bertanya khabar keluarga berkenaan.

Nur Fazlizawati berkata, dalam keadaan buntu itu dia perlahan-lahan mengatur rentak dan kembali melangkah untuk menguruskan kehidupan bersama anak-anak yang masih memerlukannya.

"Saya bangkit dan pernah berniaga makanan secara kecil-kecilan, namun hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja dan terpaksa ditutup disebabkan kekangan kewangan.

"Kini hanya mengharapkan anak sulung, Muhammad Aiman Jazlan, 18, yang bekerja di kedai runcit dengan upah RM35 sehari.

"Bagi meneruskan kelangsungan hidup, sebolehnya saya mahu meniaga makanan seperti sebelum ini kerana perlu menjaga anak-anak yang masih kecil serta bersekolah tetapi tidak mempunyai sumber kewangan," katanya.

Menurutnya, mereka anak-beranak sudah lali makan nasi berlauk telur dan berkuah kicap, malah ada waktunya tanpa sebarang lauk disebabkan kesempitan hidup.

"Kehidupan kami sekeluarga hanya bergantung kepada belas ihsan jiran tetangga serta sanak-saudara," katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan ke akaun Bank Islam bernombor 03045022196638 atas nama Nur Fazlizawati Zohari atau menghubunginya ditalian 017-2047307.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ja-keperluan-harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.460529 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list