CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 397|Reply: 0

Padang SNBJ 'koyak' sudah dibaiki dan bersedia final Pestabola Merdeka

[Copy link]
Post time 16-10-2023 06:10 PM | Show all posts |Read mode

PADANG SNBJ sudah bersedia anjur final Pestabola Merdeka. -FOTO Aizuddin Saad

Kuala Lumpur: Padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang 'koyak' pada aksi pertama, Jumaat lalu disifatkan sudah bersedia untuk menganjurkan final Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia menentang Tajikistan, malam ini.

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menerusi satu kenyataan menjelaskan penilaian teknikal yang menyeluruh ke atas padang di SNBJ sudah dijalankan oleh perunding Zeon Zoysia menerusi perbincangan yang berlangsung dengan pihak terbabit, kelmarin.

"Pihak perunding membentangkan penemuan mereka dan menggariskan langkah-langkah seterusnya untuk memastikan padang berada dalam keadaan terbaik untuk perlawanan hari Selasa ini.

"Berikutan perbincangan dan cadangan ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan keputusan mereka untuk meneruskan penganjuran perlawanan akhir di SNBJ.

"Diiktiraf sebagai 'Rumah Harimau Malaya', PSM berpegang teguh pada komitmennya untuk menyokong dan memastikan kelancaran pelaksanaan persiapan menjelang acara itu berikutan keputusan FAM untuk menggunakan SNBJ," katanya.

Sebelum itu, FAM mengesahkan final Pestabola Merdeka 2023 membabitkan Malaysia menentang Tajikistan akan tetap berlangsung di SNBJ.

Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Rahman dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan ini dibuat menerusi mesyuarat yang diadakan sejurus pemeriksaan keadaan terkini padang di stadium terbabit.

Sebagai rekod, kualiti padang di SNBJ yang baru selesai di naik taraf mendapat kritikan hebat daripada banyak pihak susulan rumput di gelanggang rasmi Harimau Malaya itu tercabut di beberapa bahagian padang ketika aksi sulung Pestabola Merdeka 2023, Jumaat lalu.

Aksi membabitkan pertembungan Malaysia dan India itu adalah perlawanan pertama yang berlangsung di stadium itu selepas ia ditutup bagi kerja naik taraf.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dia-final-pestabola
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.057322 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list