CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 434|Reply: 0

'Kenapa perlu Tajikistan 'menangis' sebelum bertarung?'

[Copy link]
Post time 16-10-2023 06:12 PM | Show all posts |Read mode

KIM Pan-gon bercakap pada sidang media menjelang final Pestabola Merdeka di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya. FOTO AZIAH AZMEE

Subang Jaya: Final Pestabola Merdeka menentang Tajikistan sebagai pentas terbaik buat Harimau Malaya untuk membuktikan siapa sebenarnya lebih hebat.

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkata, walaupun skuad kebangsaan pernah tewas kepada Tajikistan pada pentas final Piala Taja Thailand tahun lalu, namun ia tidak dikira kerana kemenangan hanyalah menerusi sepakan penalti selain keadaan cuaca pula ketika itu hujan.

Beliau berkata, barisan pemain skuad Harimau Malaya kali ini tampil lebih menyakinkan menerusi penambahbaikan daripada segi taktikal dan keupayaan pemain sekali gus mampu menghadirkan keputusan positif di pentas final di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Selasa ini.

"Sudah pastinya kita mahu menang kerana kita dalam laluan terbaik untuk mencapai ranking 120 terbaik dunia.

"Kita cukup agresif dan menguasai perlawanan cuma ada beberapa perkara harus diperbaiki supaya dapat mengekalkan keputusan positif.

"Pada perlawanan menentang Tajikistan pada final Piala Raja Thailand tahun lalu, kita hanya kalah penalti dan pada ketika itu hujan lebat," katanya ketika ditemui pada sidang media pra perlawanan final Pestabola Merdeka Malaysia menentang Tajikistan, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, pengendali berasal dari Korea Selatan itu berkata, Tajikistan seharusnya tidak 'menangis' dahulu sebelum bertarung di pentas final Pestabola Merdeka walaupun mereka kehilangan tonggak utama pada perlawnan terbabit.

"Kenapa mereka menangis sebelum perlawanan? sebagai pemimpin pasukan saya tidak akan sebut perkara ini (kehilangan tonggak utama).

"Saya percaya pada pemain dan pasukan seterusnya akan lakukan terbaik. Jika jurulatih apabila perlawanan belum mula lagi tapi tak ada keyakinan dan hanya bergantung pada nasib baik, jika saya tidak akan minta gaji," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... s-sebelum-bertarung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.067707 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list