CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 475|Reply: 0

Ronaldo sahut cabaran ledak 1,000 karier gol

[Copy link]
Post time 16-10-2023 06:28 PM | Show all posts |Read mode

RONALDO (kiri) menyahut cabaran untuk meledak 1,000 gol dalam kariernya sebelum bersara sepenuhnya pada masa depan. - AFP

PORTO – Cristiano Ronaldo menyahut cabaran Presiden Porto, Jorge Nuno Pinto untuk meledak 1,000 gol sebelum ‘menggantung but’ dan bersara sepenuhnya pada masa depan.

Sasaran itu dilihat begitu sukar memandangkan Ronaldo ketika ini sudah berusia 38 tahun walaupun penyerang Al-Nassr itu masih belum menyatakan keinginannya untuk bersara daripada dunia profesional.

Begitupun, pemenang lima Ballon d’Or itu tetap berkeyakinan tinggi berdasarkan kejayaannya meledak dua gol dalam kemenangan 3-2 ke atas Slovakia, sekali gus melayakkan Portugal ke Kejohanan EURO 2024 di Jerman tahun depan.

“Beliau (Pinto) mencabar saya untuk menjaringkan 1,000 gol. Ia pastinya sukar tetapi ini lebih kepada mental dan motivasi saya.

“Saya perlu mencapai jumlah 900 gol dahulu sebelum saya boleh menjaringkan 1,000 gol. Saya percaya ia boleh dilakukan, kita tunggu dan lihat,” kata Ronaldo.


RONALDO kini sudah meledak 857 karier gol dalam semua kejohanan bersama kelab dan negara. – AFP

Buat masa ini, Ronaldo masih jauh ketinggalan 143 gol untuk mencapai 1,000 gol selepas menjaringkan 857 gol dalam semua kejohanan bersama kelab dan negara.

Berdasarkan purata ratio 0.72 gol setiap perlawanan yang dimiliki Ronaldo, ia bermakna bekas penggempur Manchester United dan Real Madrid itu perlu bermain 198 perlawanan lagi untuk mencapai sasaran itu.

Ia tidak mustahil kerana Ronaldo pernah mendedahkan hasratnya untuk melanjutkan kontrak bersama Al-Nassr sehingga 2027.

Malah, Ronaldo juga masih mahu beraksi di pentas Kejohanan EURO 2024 serta enggan terlepas membuat penampilan di pentas Piala Dunia 2026 yang akan diadakan di tiga negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Tidak mustahil juga Ronaldo akan terus meledak gol buat Portugal menjelang aksi kelayakan seterusnya dalam kempen Kumpulan J menentang Bosnia-Herzegovina di Stadium Bilino Polje, Zenica awal pagi esok. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ak-1000-karier-gol/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.227878 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list