CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 728|Reply: 0

Bekas pemain West Ham, Wright dipenjara kerana bersubahat

[Copy link]
Post time 17-10-2023 07:13 AM | Show all posts |Read mode
Bekas pemain West Ham, Wright dipenjara kerana bersubahat

WRIGHT dipenjara kena ingin menjual pasukan yang dicuri. -FOTO The Sun


London: Bekas pemain West Ham yang cuba membantu menjual pasu antik bernilai £1.9 juta (RM10.94 juta) yang dicuri semasa rompakan di muzium Switzerland kini dipenjarakan.

Kaine Wright, 26, ditangkap oleh polis yang sedang menyamar bersama-sama rakan subahatnya Leslie Nkhwa, 47, dan David Lamming, 31.

"Pasu delima yang jarang ditemui dari Zaman Yongle (1403-1425AD) dicuri semasa rompakan di Musee des Arts d'Extreme-Orient di Geneva pada Jun 2019.

Ketiga-tiga mereka cuba menjual dengan harga £1 juta (RM5.7 juta) tetapi kemudian menurunkan harga kepada £450,000 (RM2.6 juta) jika dibayar secara tunai.

Ia dinilai oleh pakar untuk tujuan insurans pada harga £1.96 juta (RM10.94 juta).

Wright dan Lamming hari ini dipenjarakan selama tiga tahun selepas mereka disabitkan dengan konspirasi menjual harta curi.

Nkhwa yang mengaku bersalah atas pertuduhan yang sama dijatuhkan hukuman penjara dua tahun setengah.

Kes berkenaan didengar di Mahkamah Southwark Crown pada 30 Julai 2020 apabila seorang lelaki bernama Mr Steel menghantar e-mel kepada rumah lelong China, Guardian di Hong Kong meminta penilaian.

Penjual itu, yang kemudiannya dikenali sebagai Lamming, memasukkan foto barang itu yang dibandingkan dengan pasu yang dicuri.

Lamming juga menghantar e-mel kepada bahagian Pendaftaran Kehilangan Barang Seni yang berpangkalan di Hatton Garden mengatakan dia berhubung dengan seseorang yang mempunyai pasu yang dicuri dari Switzerland.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-kerana-bersubahat

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.134172 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list