CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 727|Reply: 0

Galthie akur tewas kepada Springboks

[Copy link]
Post time 17-10-2023 07:14 AM | Show all posts |Read mode
Galthie akur tewas kepada Springboks


GALTHIE sedih namun akur akan kekalahan di Piala Dunia Ragbi. -FOTO AFP


Paris: Ketika Fabien Galthie mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih ragbi Perancis pada Disember 2019, kejohanan Piala Dunia Ragbi di tanah airnya itu sudah terbayang difikirannya namun tewas kepada Afrika Selatan di suku akhir sesuatu yang tidak dijangkakannya.

Dalam tempoh empat tahun lalu, bekas kapten Perancis, Galthie sudah merancang dari sebesar-besar hingga sekecil-kecil perkara.

Pengendali berusia 54 tahun itu mengumpulkan semula kakitangan termasuk bekas jurulatih pertahanan Wales, Shaun Edwards, memberikan masa permainan kepada pemain berbakat seperti Antoine Dupont dan Gregory Alldritt dan mengatur perlawanan ujian dengan teliti.

Pendekatannya itu membuahkan hasil berkat daripada pengalamannya sebagai pemain, jurulatih kelab dan pengulas sukan di televisyen apabila Perancis merekodkan keputusan yang mengagumkan.

Mereka tewas hanya sekali di tempat sendiri sebelum kekalahan Springboks, mereka merangkul gelaran Piala Enam Negara 2022, gelaran pertama dalam tempoh sedekad dan menang ke atas pasukan seperti New Zealand dan Australia.

Menjelang aksi Piala Dunia, persiapan pra-kejohanan Perancis membawa mereka ke Monaco dan pantai Atlantik pada musim panas dengan sesi latihan terbuka diadakan di hadapan ribuan peminat Perancis.

"Tidak menyesal," kata Galthie selepas kekalahan Springboks.

"Kami melakukan segala yang kami mampu untuk memanfaatkan potensi kami sepenuhnya.

"Kami melakukan yang terbaik daripada semua yang berlaku sepanjang 15 minggu lepas," tambahnya.

Kapten, scrum-half dan pemain terbaik Piala Dunia 2021, Dupont merasai sebaliknya berbeza dengan apa yang dirasai Galthie.

"Sukar untuk dikatakan," kata Dupont.

"Ia adalah perlawanan kalah mati pertama kami. Akhirnya kami tidak menang.

"Kami pasti akan menimba pengalaman daripadanya, sudah pasti kami akan belajar daripada perlawanan jenis ini," tambahnya.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... s-kepada-springboks

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.055206 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list