CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3313|Reply: 0

Hazriq cipta rekod baharu 110m lari berpagar, Fatin Nashira ungguli kategori perempuan

[Copy link]
Post time 17-10-2023 07:39 AM | Show all posts |Read mode
Hazriq cipta rekod baharu 110m lari berpagar, Fatin Nashira ungguli kategori perempuan

FATIN kuasai acara 100m wanita. -FOTO Mohd Amin Jalil


Seremban: Atlet dari Johor, Muhammad Hazriq Cik Mat Kilau melakar sejarah gemilang apabila mencipta rekod baharu Sukan Sekolah-Sekolah Asean (ASG) dalam acara 110 meter (m) lari berpagar lelaki bawah 18 dengan catatan 13.46s mengatasi rekod lama 13.66s.

Atlet berusia 17 tahun itu melakukannya pada peringkat separuh akhir acara 110m lari berpagar di hari kedua Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Kebangsaan Ke-63, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Malah masa yang dicatatkan pelajar Sekolah Sukan Negeri SMK Tun Hussein Onn Kluang itu juga turut memperbaharui rekod kejohanan iaitu 13.46s.

Bagaimanapun, masa yang dicatatkannya pada final acara berkenaan ialah 13.51s Emad Muhaimin NorHasrin (Perak) di tempat kedua, 14.15s dan Stevensie Win Anak Simon (Sarawak - 14.28s).

"Sebenarnya saya tidak menyangka dapat memecahkan rekod ASG dan rekod kejohanan hari ini. Ini semua adalah kerja keras dan bimbingan daripada jurulatih serta rangsangan daripada kedua ibu bapa.

"Alhamdulillah, larian saya hari ini agak baik walaupun pada final tidak dapat membuat catatan yang sama seperti pada saringan, namun amat gembira kerana dapat membaharui rekod ASG dan rekod kejohanan," katanya.

Pencapaian terbaik itu meletakkan Muhammad Hazriq di kedudukan ke-13 pelari 110m lari berpagar terpantas dunia dan kedua Asia bagi kategori bawah 17 tahun.

Sementara itu, Fatin Nashira Mohd Fadzil dari Kelantan meraih pingat emas bagi acara 100m lari berpagar perempuan bawah 18 dengan catatan masa 15.21s.

Dhanea Marsyella Eehsan Faez Sivam dari Selangor (15.25s) meraih pingat perak dan gangsa pula milik Alya Amyra Hanis Hamrin (Sabah - 15.46s).

"Ini bukan masa terbaik kerana saya pernah melakukan 14.60s. Permulaan larian yang kurang baik mengganggu sedikit catatan hari ini, namun saya tetap gembira dengan kejayaan ini.




Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tin-nashira-ungguli

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.080994 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list