CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1462|Reply: 0

Tommy fokus persiap pasukan berdepan KL City

[Copy link]
Post time 17-10-2023 05:25 PM | Show all posts |Read mode

PEMAIN TFC giat menjalani latihan sebelum berdepan KL City FC pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia Sabtu ini. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner akui sibuk mengatur strategi lebih ampuh untuk berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, Sabtu ini.

Jelas pengendali kelahiran Croatia itu, Walaupun tanpa kelibat dua tonggak utama, Suhaimi Husin dan Muhammad Azam Azmi Murad yang kini bersama skuad kebangsaan, perancangannya tidak terjejas dalam misi mara ke final piala berprestij itu.

Tambah bekas Pengarah Teknikal Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd musim lalu itu, kehadiran semula Nik Muhamad Sharif Haseefy Mohd Lazim, Safwan Mazlan dan Sardor Kulmatov yang sudah pulih daripada kecederaan ternyata melegakannya kerana beliau mempunyai banyak pilihan pemain.

TFC bakal berkunjung ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada perlawanan pertama sebelum aksi timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada 3 November depan.

"Walaupun tanpa kelibat dua pemain itu (Suhaimi dan Azam Azmi) yang kini bersama skuad kebangsaan, latihan kami tidak sesekali terjejas, malah kami begitu fokus sebelum berdepan KL City pada Sabtu ini.

"Kehadiran semula empat pemain dalam sesi latihan kerana sebelum ini mengalami kecederaan begitu melegakan kami sekali gus membolehkan segala perancangan berjalan dengan lancar.

"Saya harapkan para pemain mempunyai motivasi yang tinggi pada aksi itu nanti selepas berehat panjang kerana sememangnya fokus kita untuk mara ke final sekali gus menebus kehampaan gagal dalam saingan Piala FA," ujar jurulatih yang lebih mesra dipanggil 'Tommy' itu.

TFC yang terkandas di peringkat separuh akhir piala sama musim lalu kepada Selangor FC dengan agregat 3-2 berpeluang untuk mara ke pentas final berdasarkan prestasi semasa yang kian meningkat termasuk menumpaskan kelab Australia, Central Coast Mariners 1-0 dan terikat 1-1 menentang kelab Indonesia, Bali United pada aksi pertama dan kedua Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) baru-baru ini.

Bagaimanapun skuad Penyu itu perlu belajar daripada kesilapan lalu apabila tumpas dengan penentuan sepakan penalti 4-2 selepas kedudukan sehingga masa tambahan terikat tanpa jaringan kepada KL City FC pada aksi separuh akhir Piala FA Jun lalu sekali gus menyaksikan skuad itu gagal mara ke final buat kali kedua berturut-turut.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-berdepan-kl-city
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.337128 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list