CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4728|Reply: 2

Syarikat bumiputera tidak boleh terus rugi

[Copy link]
Post time 17-10-2023 10:16 PM | Show all posts |Read mode
Syarikat bumiputera tidak boleh terus rugi




ANWAR Ibrahim berucap pada Majlis Pelancaran Unit Tambahan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), di Connexion Conference & Event Centre, Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON



KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan membiarkan pengulangan  tabiat merugikan dalam mana-mana agensi atau syarikat khususnya membabitkan pegangan bumiputera seperti yang berlaku sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak pengurusan agensi harus bertanggungjawab sepenuhnya jika  dikesan berlaku  penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam mana-mana organisasi tersebut.

Beliau berkata,  tindakan keras akan dikenakan terhadap pengurusan kerana pihak-pihak tersebut  disifatkan sebagai mengkhianati amanah yang sangat diharapkan oleh golongan bumiputera.

“Sebelum ini saya tekankan bahawa kerajaan tidak boleh mengizinkan pengulangan tabiat yang merugikan. Kita  membentuk agensi atau syarikat bumiputera yang penting kadangkala ada berita baik, diurus dengan baik dan kalau lihat dalam kerangka dasar ekonomi baharu dari segi mobiliti sosial anak-anak yang tidak mempunyai peluang dapat meningkat menjadi golongan profesional yang membanggakan.

“Tetapi dari sudut pengurusan perniagaan haruslah ada anjakan, satu pihak kita berikan kesempatan hanya kepada beberapa orang terpilih memperkaya mereka tapi tidak ada agenda khas mereka mengagihkan kekayaan itu kepada syarikat bumiputera lain.

“Satu pihak lain pengurusan amat bobrok (korup) sehingga merosak dan merugikan. Pengalaman ini menyakitkan,” katanya pada Majlis Pelancaran Unit Tambahan Skim Amanah Hartanah Bumiputera, di sini, hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Pelaburan Hartanah Berhad, Tan Sri Ahmad Nizam Salleh.

Perdana Menteri berkata, Felda antara syarikat yang memerlukan suntikan daripada kerajaan sehingga RM8.3 bilion kerana pengurusannya leceh dan tatakelolanya lemah.

“Paling terakhir kita ada lagi melibatkan syarikat yang memerlukan suntikan RM2.7 bilion sehingga RM23 bilion daripada kerajaan untuk menyelamatkan daripada terlepas daripada tangan bumiputera.

“Sebelumnya kita dengar Tabung Haji walaupun pengurusan sekarang lebih baik tetapi masih tertanggung kerana semua aset rugi terpaksa ditubuh SPV (Syarikat Bertujuan Khas) untuk dipindahkan sementara ke Kementerian Kewangan,” katanya.

Tegas Perdana Menteri, perkara seumpama itu tidak boleh diizinkan berterusan malah pengurusannya harus bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dengan tindakan keras akan diambil terhadap mereka.

“Justerus saya ingin menyatakan penghargaan pada hari ini kerana sekurang-kurangnya satu badan diantara lain termasuk PNB (Permodalan Nasional Berhad) dan beberapa lain lagi tetapi yang membanggakan kita.

“Tidak semua pengurusan atau profesional yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan bumiputera itu mencatat rekod yang menghiraukan. Di dalam kes ini saya ucap tahniah kepada pengurusan PHB (Pelaburan Hartanah Berhad) kerana dapat pertahankan bukan sahaja keberuntungan tetapi pengurusan yang dapat dibanggakan,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan penambahan satu bilion unit Skim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk ditawaran bagi langganan umum.  

AHB merupakan sebuah unit amanah patuh syariah berlanfdaskan hartanah yang pertama di Malaysia.  Unit itu disokong dengan hartanah-hatanah komersial utama yang disewakan dan menikmati aliran pendapatan sewaan secara tetap. – UTUSAN

Sumber:https://www.utusan.com.my/nasion ... k-boleh-terus-rugi/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 07:06 PM | Show all posts
semoga masa mendatang dimudahkan dalam menjanah profit dan best perform
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 03:47 AM | Show all posts
itu sebab para pejabat yang bekerja dekat syarikat bumiputra harus penuh ilmu dan punya karakter yang terbaik. hanya bile kelola dengan profesional dan amanah baru boleh profit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.072005 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list